Bangun pagi hari ni rasa aman sedikit, sebab anak buah semua pergi sekolah ada latihan sukan kata mereka. Semalam sempat pergi ke sebuah pasaraya. Di luar pintu masuk ada seorang lelaki menarik saya supaya duduk di bangku. Aku ingat nak lari je, tapi aku tetap layan budak tu, rupanya dia promoter syarikat yang menawarkan ganjaran(promosi suruh jadi ahli club). Aku dalam diam duduk aje sambil mendengar dia menceritakan faedah masuk ahli club tersebut dengan mengumpankan sijil simpanan premuim sebanyak RM 10.00 percuma.
Disebabkan aku pendengar yang baik aku menganggukkan saja apa yang dikatakan promoter itu (menurut teori yang dikemukakan sarjana barat lebih baik kita menjadi pendengar yang baik untuk mempastikan orang diam). Selepas dia menghabiskan sesi penerangan mengenai keistimewaan kad tersebut, aku bertanya kenapa yurannya mahal sangat sampai RM 799 setahun. Pada aku keistimewaan kad tersebut lebih banyak mengarut kerana apa yang diumpankan semuanya telah aku miliki. Antarannya potongan tiket kapal terbang, servis kereta percuma, insurans free (Tapi kalau diamati ahli perlu bayar), diskaun itu dan ini dan sebagainya. Aku hanya merasakan pengguna hanya tertipu. Apa yang aku pelik ramai juga orang kampung yang membeli kad tersebut bedasarkan borang yang ditunjukkan kepada aku.
Selepas beberapa pertanyaan aku tidak dijawab dengan baik oleh promoter tersebut aku terus blah dari tempat tersebut dan mengucapkan terima kasih kepada promoter tersebut sambil mengatakan aku dah memiliki semua keistimewaan yang ditawarkan kad tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan