Seronok rasanya hari ini kerana semalam berkesempatan jumpa makcik Markonah. Aku jumpa makcik Markonah di airport Kota Bharu bersama dengan rombongannya. Aku tak tahu siapa yang dibawanya. Mungkin orang kampungnya kot semuanya satu fesyen dengan dia yang aku kenal hanya Cik Kiah. Aku sempat menyapa makcik Markonah sambil bertanya rombongannya dari mana. Orang tua separuh abad tu beritahu dia dan rombongannya datang melawat dan membeli belah kat Kelantan.
Dalam hati aku berkata kat Kuala Lumpur rasanya lebih banyak gedung membeli belah dan pelbagai lagi barangan. Kenapa makcik ni datang ke Kelantan? hingga menyebabkan penumpang kapal terbang pada penerbangan semalam penuh dengan ahli rombongannya saja.
Di atas kapal terbang aku duduk dibelakang makcik Markonah sempatlah mendengar dia bercerita pengalamannya di Kelantan.
"Kau tahu Kiah kenapa patutlah orang Kelantan suka pas berbanding UMNO" tanya makcik Markonah kepada Cik Kiah "Manalah aku tahu aku bukan dok sini, lagipun aku tak minat politik macam kau.
"Hish! engkau ni Kiah bumi nak terbalik pun kau tak nak ambik tau, aku rasa la PAS boleh menang kat kelantan sebab mereka rasa selesa dibawah pemerintahan PAS. Aku tengok majoriti peniaga di Kelantan ni orang Melayu jadi mereka tak bergantung sangat kepada kerajaan, tak seperti orang melayu dinegeri lain. Mereka sangat bergantung kepada bantuan kerajaan. Aku ingat kalau UMNO nak menang di Kelantan mereka perlu membantu peniaga dan usahawan Melayu ni kerana mereka golongan pertengahan yang paling ramai di Kelantan." kata makcik Markonah kepada Cik Kiah sambil mengangguk tanda bersetuju.
Sampai di Terminal LCC KLIA mak cik Markonah mengajak aku supaya menemaninya minum, katanya nak tunggu anaknya ada setengah jam lagi. Aku bersetuju dengan syarat dia ajarkan aku resepi Daging Salai Masak Lemak Cili Padi yaang menjadi kegemaran aku. Kami pun terus pergi ke FOOD COURT yang berhampiran sambil berbual pasal isu semasa dan keluarga. Sebelum pulang dia sempat memberikan sehelai kertas resepi yang aku inginkan itu.
Bahan :1 kg daging,1/2 kilo santan, 1 peket kobis asin (Yang ini tak masukan tak pe bukan syarat utama), potong kecil-kecil 5 batang serai, 1 helai daun kunyit, 4 biji limau kasturi, perah dan ambil airnya sedikit garam, Bahan kisar:2 cawan cili padi(gunakan yang hijau baru sedap), 2 ketul kunyit hidup. Cara membuatnya:1. Potong daging kepada 4 bahagian.Basuh daging dan toskan airnya. Salaikan (panggang) dalam oven atau atas kuali atau dapur arang (Macam daging bakar cuma jangan terlalu masak). Salai hingga separuh masak. 2. Potong daging kecil-kecil, jangan basuh3. Dalam periuk, masukkan bahan kisar, daging panggang (sesetengah orang masukkan daging ini kemudian terpulang kepada kehendak diri), santan dan serai. 4. Letak periuk atas api. 5. Bila mendidih, masukkan kobis asin, daun kunyit, garam dan air limau6. Biar mendidih sekali lagi dan tutup api. Bahan tambahan lain terpulang kepada tukang masak.
Aku tak sabar-sabar nak makan Daging Salai masak lemak cili padi resepi yang kegemaran aku semenjak mengenali makcik Markonah di Pekan Rombau Negeri Sembilan 5 tahun yang lalu. Sambil mengucapkan terima kasih aku terus mencium tangan makcik Markonah dengan harapan dapat berjumpa lagi.
1 ulasan:
betul apa yang diperkatakan, kita boros berbelanja
Catat Ulasan