Aku banyak menerima komen dan pandangan terhadap apa yang dituliskan dalam blog ini. Terima kasih kepada rakan yang memberi komen. Kebanyakkan mereka meminta aku menulis pasal perniagaan seperti kisah Amirsaham yang membuka bisnes perabot Jati di Kelantan. Selain itu mereka meminta aku menulis pasal bagaimana hendak mendapatkan tambahan kewangan.
Semalam aku berkesempatan berjumpa dengan dua rakan lama, seorang bekerja di Kuala Lumpur sebagai Eksekutif Sumber Manusia biarlah aku namakan ia sebagai Adam dan yang kedua bernama Arman bekerja sebagai Pegawai Kerajaan . Kami bertemu di sebuah kedai mamak di Pandan Indah.
Arman merungut kepada aku dan Adam, kenapa gaji yang diperolehinya selalu sahaja habis simpanan pun setakat RM100 sahaja. Walhal gajinya sudah besar berbanding staf bawahan. Adam pun merungut sama selepas bayar hutang kad kredit, hutang kereta, bagi kat mak, sewa rumah, duit yang ada cukup makan sahaja. Aku tersenyum sahaja kerana aku pun pernah mengalami benda yang sama. Setiap bulan gaji yang diterima habis begitu saja.
Aku beritahu Adam dan Arman mungkin ada kesilapan mengurus wang. Pada aku kelemahan ketara dikalangan kita termasuk aku ialah kita tidak membuat pelaburan, sebaliknya dengan duit yang ada kita habiskan dengan bazirkan dengan benda tak berfaedah; Contohnya:
a. Kita suka sangat tukar kereta kerana tertarik dengan kereta baru. Sedangkan kereta lama masih lagi dalam keadaan baik dan mempunyai hutang. Dengan membeli kereta baru hutang bank kita makin panjang. Dan kita perlu akui harga kereta dari sehari, dari bulan ke bulan akan jatuh. Jadi ia bukan pelaburan sebaliknya hanya keperluan. Jika dicampur dengan membeli aksesori tambahan yang tidak perlu kita telah menbazirkan duit gaji kita.
b. Kita tidak terfikir membeli rumah/hartanah sebenarnya lebih menguntungkan kerana ia merupakan pelaburan jangka panjang, berbeza dengan bukan Melayu mereka lebih suka melaburkan duit mereka dengan membeli hartanah yang terletak dibandar.
c. Kita sangat teruja untuk membeli alat telekomunikasi terkini dan terbaru dengan harga yang mencecah ribuan ringgit. Sedangkan kita hanya menggunakan telefon bimbit hanya untuk berhubung dan amat jarang menggunakan kemudahan yang disediakan oleh pengendali mudah alih seperti pakej 3G, Music TV, Games dan sebagainya. Kalau kita memang perlukannya tidak mengapa yang menjadi masalah kita hanya melanggan tapi tidak menggunakannya.
d. Kita suka sangat mengambil KAD KREDIT sebanyak yang mungkin, sedangkan kita hanya perlukan satu sahaja, Kesannya bila kita menggunakan kad tersebut dan terlambat bayar, gaji kita dihabiskan untuk membayar kadar faedah yang ditetapkan kad kredit tersebut.
e. Kita terlalu lemah dalam membuat tabungan, selalunya duit simpanan kita hanya simpan dalam akaun tetap di bank. Dengan keadaan itu kita hanya simpan dan kita tidak menjadikan DUIT ITU BEKERJA UNTUK KITA. Seharusnya dengan lebihan duit yang ada kita laburkan ia dalam pelbagai skim pelaburan , kalau takut untuk melabur di tempat yang berisiko kita boleh melabur di tempat seperti:
1)Amanah Saham Bumiputra, Amanah Saham Malaysia dan sebagainya yang
dikendalikan Permodakan Nasional Berhad (PNB). Tahukah kita orang bukan melayu berebut-rebut membeli saham Amanah Saham Malaysia dan Amanah Saham 2020
sebaik sahaja mengetahui ia dibuka kepada semua kaum.
2) Melaburkan duit kepada Bon Kerajaan.
3) Melaburan duit kepada Dana Unit Trust yang dilaksanakan oleh bank kormersil. Kita boleh meminta nasihat dana manakah yang mempunyai risiko paling rendah untuk dilaburkan serta yang diruruskan secara islam.
4) Duit yang ada juga boleh disimpan dalam skim insuran takaful yang meyediakan pelbagai kemudahan kepada kita. Tetapi malangnya tidak ramai dikalangan kita yang mengambil insuran sedangkan manfaatnya terlau besar kepada kita.
5) Melaburlan duit kita dalam koperasi ataupun Bank Rakyat lebih tinggi kadar dividen berbanding menyimpan dalam akaun tetap.
" Dari mana kau tahu semua ni" tanya Adam kepada aku. Aku beritahu aku mendapat kebanyakkan maklumat ini dari penasihat kewangan di sebuah bank komersil, disamping beberapa bacaan. "Kau ada buat ke apa yang kau cakap ni" Tanya Arman pula kepada aku.
Aku kata sebahagian besarnya sudah aku buat, terutamanya memulangkan kembali kepada bank kad kredit yang aku tak guna, sekarang aku hanya ada satu sahaja kad kredit itupun aku tak gunakan kecuali perlu. Langkah lain yang aku buat sejak dua tahun lepas ialah aku cuba melangsaikan hutang yang ada seperti hutang belajar, pinjaman kereta dan segala jenis pinjaman. Selain itu aku banyak menggunakan perkhidmatan perbankan internet seperti membayar bil dsbnya untuk mengurangkan kos. Aku juga sudah tidak meletakkan simpanan aku dalam bank sebaliknya ke tempat yang dapat meraih keuntungan.
"Kalau begitu beban kau sudah ok ler sekarang sebab takde hutang, tak terlambat ke aku nak ikut" ucap Adam kepada aku. Pada aku selagi kita tak bertindak selagi itu kita dalam kerugian.
Selepas hampir dua jam berborak, aku pesan kepada Adam dan Arman bahawa aku bukanlah pandai dalam bab kewangan kerana lebih ramai orang yang pandai, lebih baik bertanya kepada yang PAKAR itu hanyalah pendapat aku sahaja.
1 ulasan:
yer aku sokong
Catat Ulasan