Khamis, Mac 27, 2008

Sahabat Lama

Hari ini berkesempatan berjumpa kawan lama, kawan aku ini selepas SPM pergi ke Mesir buat Degree kat sana. Sekarang seorang usahawan namanya Amirsaham (namanya cam nama bekas bos Maybank yang dilantik PM jadi menteri kat EPU), dia telah membuka kedai perabot jati di Kelantan. Tak sangka kawan saya dah menjadi tauke. disamping itu turut membuka kelas bacaan Al-quran.
Saya bertanyakan kepada dia bagaimana dia boleh terfikir untuk berniaga. Kawan saya memberitahu Nabi Muhamad dulu pun seorang peniaga mengapa kita tidak ikut sunnah nabi junjungan sedangkan kita adalah umatnya. Dia menjelaskan lagi orang bukan islam sudah lama mengkaji dan mengikut amalan nabi Muhammad melalui penglibatan mereka dalam perniagaan.
Kata kawan saya lagi " Tengoklah kenapa Nazi di Jerman dulu bunuh orang Yahudi di Eropah, sebab orang Eropah marah ekonomi mereka dikuasai oleh orang Yahudi" Dalam hati aku aku berfikir betul juga. "Orang Islam kalau nak maju kena melibatkan dalam perniagaan baru hidup terjamin dan diberkati, kerana kita tidak bergantung kepada orang bukan islam" katanya kepada aku.
Balik ke rumah aku pikir betul juga apa yang kawan aku cakap. Patutlah orang Kelantan suka berniaga mereka nak mencari keberkatan rupanya. Kalau dilihat kembali sewaktu kegawatan ekonomi tahun 1998 dulu negeri kelantan tidak terjejas teruk kerana mereka tidak bergantung dengan subsidi kerajaan dan ekonominya bukan terlalu bergantung kepada pelabur asing, sebaliknya dijana dari sektor ekonomi domestik dan pertanian..

0 ulasan: