Jumaat, Oktober 16, 2009

Tertarik dengan komen ini


TERLALU banyak tumpuan dan ulasan yang diberi bila UMNO cuba membuat sesuatu perubahan.Apa sahaja idea bagi memperkasakan UMNO dimatahati pengundi akan diulas dan dicari kekurangannya untuk memperlihatkan bahawa UMNO hanya pandai berteori dan reotorik semata mata.Hasilnya UMNO yang mula belajar dari kesilapan semakin berjaya menambat semula hati pengundi pengundi walaupun setengahnya dilakukan secara magic yang penuh dengan penipuan.


Malangnya kita yang asyik terpukau mengulas bagi menunjukkan bahawa UMNO sebenarnya tdak mampu berubah tidak menyedari bahawa kita sendiri yang perlu berubah.Kita sendiri gagal untuk mengesan dimana kekurangan kita yang memungkinkan kita ditolak sebagai pilihan kedua kepada UMNO.Politik sebenar kita yang punya dua wajah masih belum disatukan.Bercakap dan berkuliah dengan nada yang berlainan tadkirah disurau dan berceramah dipentas politik olih orang yang sama menjadikan setengah pengundi bingong memikirkannya.


Sewaktu UMNO dihentam habis habisan kerana gagal memahami Islam,kita berdakap dan berpelok dengan PKR yang punya ideologi yang seakan sama dengan UMNO.Untuk memimpikan kekuasaan politik nasional sebenarnya kita wajar melakukan lampau apa yang telah kita lakukan sebelum ini.Hujah hujah memperlekehkan keIslaman orang lain sudah lapok untuk diterima olih manusia Islam dizaman ini.Kejujuran persahabatan juga sering meragukan.Kita tanpa segan silu bertempik untuk menunjukkan akulah jagohan partiku dengan menghentam sesama kawan dalam media terbuka jika apa yang dilakukan tidak menepati keinginan dan harapan kita.


-*Ahli PAS 518250


sumber dari laman mso

0 ulasan: