Ahad, Oktober 25, 2009

Usah terkejut jika Liverpoll menang


OlehSteve McMahon

JANGAN biarkan prestasi Liverpool memperdayakan anda. Saya fikir Liverpool berpeluang mendapat keputusan baik apabila menentang Manchester United esok.
Anda tentu faham tentang Liverpool dan peminatnya di Anfield. Mereka sudah bersedia menghadapi perlawanan ini. Satu 'peperangan' akan meletus.

Menang ke atas pendahulu liga bererti kembali bersaing merebut mahkota liga.
Liverpool bukan pasukan yang terdiri daripada dua pemain. Apa yang membimbangkan saya ialah mereka adalah pasukan yang terdiri daripada tiga pemain.

Semasa menentang Sunderland, Liverpool tidak mempunyai Fernando Torres dan Steven Gerrard. Mereka juga tidak mempunyai Javier Mascherano dalam kesebelasan pertama. Orang ramai mudah melupakan Mascherano.
Midfield sebegitu boleh disifatkan sebagai amat goyah (lightweight). Liverpool menurunkan pasukan kelas dua dan kalah kepada Sunderland. Kekalahan itu menunjukkan kelemahan mereka dari segi pemain simpanan.

Saya hanya yakin Liverpool boleh memenangi perlawanan apabila Gerrard dan Torres cergas. Tanpa kedua-duanya, Liverpool akan sentiasa menghadapi kesukaran.

Bagaimanapun, saya tetap berasa bahawa jika Liverpool menurunkan pasukan utama mereka, mereka adalah lebih kuat walaupun dibandingkan dengan Arsenal.
Masalahnya timbul apabila anda mempunyai kesebelasan utama yang hebat dan kemudian anda bimbang mengenai tahap kecergasan para pemain.
Apabila kecederaan atau penggantungan berlaku, anda mendapati pasukan kedua anda tidak cukup bagus untuk menggantikan pasukan utama. Itulah masalah yang sedang dihadapi Liverpool sekarang.
United juga tidak bermain dengan baik semasa menentang Bolton. Walaupun memungut tiga mata penuh, United tidak cemerlang.

Saya fikir Liga Perdana kali ini adalah lebih terbuka. Kita telah memperkatakan hal ini beberapa kali tetapi musim ini adalah lebih terbuka daripada musim-musim yang lalu.
Ada kebenarannya dalam apa yang dikatakan Mark Hughes. Terdapat persaingan sengit pada bahagian atas liga dan empat pasukan teratas akan keciciran mata dari sekarang hingga akhir musim. Liverpool, Chelsea, Arsenal dan United tidak akan berdepan dengan perlawanan yang mudah lagi.

Saya berani mengatakan bahawa memandangkan Manchester City boleh bersaing dengan kelab-kelab besar dalam pasaran pemindahan, mereka juga boleh bersaing dalam liga.
City telah bermain dengan baik untuk seri di Wigan. Dan kita semua tahu bagaimana Wigan mengakhiri pencapaian 100 peratus Chelsea pada permulaan liga. Jadi ini membuktikan tiada lagi tiga mata yang mudah dikutip dalam Liga Perdana.

Nota: Steve McMahon, bekas pemain midfield Liverpool dan England, ialah penganalisis bola sepak ESPN Footbal Focus dan Football Forecast.


Baca ramalannya di www.espnstar.com

0 ulasan: