Selasa, Oktober 13, 2009

PKR pukul PAS di Bagan Pinang



Namun begitu, Ong berkata, keputusan pilihan raya kecil DUN Bagan Pinang adalah satu peringatan kepada Pakatan Rakyat."Ia adalah satu peringatan, terutama kepada PAS, bahawa mereka tidak boleh mengambil mudah terhadap pengundi bukan Melayu," tambahnya.

sumber malaysiakini


1.Semua pihak meminta PAS membuka ruang yang besar kepada bukan muslim, malah calon di Bagan pinang pun dipilih Pesuruhjaya N-9 kerana ingin meraih sokongan bukan muslim. Hingga dikatakan parti lain masuk campur penentuan calon.


Tapi adakah kerana ingin menjaga bukan muslim orang yang Melayu yang indin didakwah kita abaikan...


Orang Melayu terutama di pantai barat seakan sebati dengan UMNO kerana telah lama didoktrinkan hanya UMNO mampu membela mereka. Dan bukan cara senang sebenarnya PAS ingin berdakwah kepada meraka.


Diharapkan PAS mampu mendepani permasalahan ini.Pada saya sebelum PAS menumpu undi bukan islam, sebaiknya undi orang islam seharusnya diberi penekaanan sama. Apalah guna jika Parti islam jika tidak mendapat dokongan orang islam sendiri.


2. Saya tidak tahu samada benar atau tidak maklumat yang saya terima dari kawan. Kejadian penyokong UMNO bergaduh dengan PAS di Bagan pinang adalah dirancang pihak PKR. Dan tanpa pengetahuan Salahudin Ayub.


Dan orang bertangungjawab adalah Saifudin dan Syamsul Iskandar dengan niat untuk memberikan kesan tidak baik kepada UMNO. ( diharap maklumat ini tidak benar)

Saya bersetuju dengan ulasan MSO yang mengatakan dia tidak yakin dengan gambar berkenaan. Pada pemerhatian saya muka yang dikatakan penyokong PAS tersebut sebenarnyanya bukan orang PAS tetapi kemungkin besar orang PKR. Antara PKR dan UMNO pada saya tidak ada banyak beza mereka mempunyai strategi lebih kurang sama. menipu dan menipu...
Seharusnya masa yang ada ini aktiviti usrah kepada pemuda PKR terus dipergiatkan agar strategi politik mereka tidak lagi sama seperti umno. Walaupun ada kalangan penyokong PAS yang mengatakan Tuan Guru Presiden adalah bebal dan sebagainya. Namun hakikatnya kerana ulama PAS, masih mampu berdiri kukuh di Malaysia... Ini fakta yang tidak mampu disanggah oleh sesiapa pun...
kalau mereka merasakan mereka kuat silalah tubuh parti baru, dan nak tengok selama mana ia mampu hidup dalam kancah politik malaysia...kerana sejarah sebelum ini memberi bukti apa yang berlaku pada HAMIM dan Berjasa.



0 ulasan: