Isnin, Oktober 12, 2009

PAS kalah satu mesej untuk pimpinan PAS?


Terkejut besar apabila dimaklumkan PAS kalah teruk di Bagan Pinang, walaupun disitu kubu UMNO namun tidak disangka PAS kalah dengan majoriti melebihi 5 ribu undi. Seharusnya pucuk pimpinan mengenal pasti faktor kekalahan PAS. Janganlah kita hanya menyalahkan UMNO/BN sahaja. Tetapi yang lebih penting kenal pasti kelemahan gerak kerja dan prestasi semasa parti. Seharusnya diperhatikan beberapa perkara berikut:

1. Faktor calon dikatakan antara menjadi penyebab kekalahan teruk PAS, disebabkan Pesuruhjaya PAS n.9 bukan orang tempatan. Beliau langsung tidak mempunyai pengaruh di kawasan tersebut.Seharusnya campur tangan luar dalam penentuan calon diketepikan pimpinan parti.

2.Penolakan Ustaz Kassim Tahir yang popular di kalangan warga Bagan Pinang seharusnya tidak berlaku, kedengaran akar umbi PAS lebih selesa dengan ustaz Kassim Tahir. Namun disebabkan Ustaz Kassim bertaraf ustaz dikhuatiri gagal menarik undi bukan islam maka namanya ditolak oleh pucuk pimpinan.( malah ada bloger pro PAS pun memburukan nama ustaz kasim)

3. PAS terlalu bergantung kepada pengaruh PKR dan DAP untuk meraih sokongan. Kehadiran Anwar di hari-hari akhir diharapkan dapat membantu PAS. Malangnya nasi telah menjadi bubur.


4.Penyokong PAS dan Blloger pro Pakatan Rakyat melakukan tindakan Over kill dalam menyerang UMNO hingga menimbulkan rasa meluat dan menyampah di kalangan pengundi.


5. Tindakan PAS yang membisu apabila Dr. Ridzuan Tee diserang pemimpin DAP, dan masalah Arak di Selangor, dan NGO islam dihina dijadikan isu untuk menyerang PAS yang tidak konsisten membela islam.


6. Kecaman yang melampau kepada DR Hassan Ali oleh Khalid Samad dan DAP dilihat orang Melayu yang PAS tidak sensitif dengan kehendak orang Melayu beragama islam dinegeri Selangor.


7. Isu kuil di Shah Alam yang tidak selesai dan kemelut pentadbiran kerajaan negeri Selangor dan Pulau Pinang menyumbang undi kepada UMNO/BN.


8. Jentera PAS di Bagan Pinang yang dimonopoli PAS Kelantan dilihat menguasai jentera kempen, seharusnya ia diambil alih oleh jentera dari Kedah dan Selangor kerana mereka lebih memahami budaya tempatan berbanding orang Kelantan.( yang berada dalam lingkungan majoriti Melayu hanya sesuai di Pantai Timur dan negeri utara sahaja)

0 ulasan: