Rabu, September 16, 2009

Ziarah kubur hari raya perlu ke?


SAYA ingin berkongsi pengalaman kali pertama menghantar jenazah pada pagi Syawal.
Sudah menjadi kebiasaan masyarakat Melayu/Islam turut menyambut ketibaan Syawal di tanah perkuburan, dengan berpakaian berwarna-warni.

Kawasan tanah perkuburan bertukar menjadi satu majlis keramaian kerana ramainya pengunjung.

Saya sering bertanya adakah melawat kubur pada pagi Syawal satu perintah agama dan dari mana asal usul amalan ini?

Saya sempat membuat rujukan dan membaca buku bertajuk Hukum dan tatacara mengurus jenazah tulisan Syaikh Muhammad Nashiruddin al-Albani (penterjemahnya M. Abdul Ghoffar E.M).

Antara lain beliau menyatakan bahawa menziarahi pusara pada masa tertentu atau bulan tertentu tidak ada dalam ajaran Islam, dan Rasulullah saw pernah bersabda 'usahlah makamku menjadi tempat perayaan'.

Amalan melawat kubur pada pagi Syawal telah lama dilakukan masyarakat, namun haruskah ia berterusan sehingga akhir zaman?
Pada pengamatan saya, sikap sopan, adab dan tertib semasa menziarahi tanah perkuburan telah terhakis ekoran ramainya orang pada pagi Syawal.

Ia juga mengundang masalah lain, termasuk kehadiran penjaja tidak berlesen yang hanya mementingkan keuntungan.

Banyak kempen telah diadakan sempena Ramadan, termasuk menjauhi rokok. Apakah perlu diadakan juga kempen agar kita tidak terlalu taksub dalam menziarahi perkuburan pada pagi Syawal?

Raja Masri Raja Ashari -cyberita

# Pendapat anda bagaimana? waa cam setuju je, sebab tak ingin amalan tu hanya sekadar jadi budaya sahaja, habis raya, pandang pun tidak kubur...ada kematian baru pijak tanah kubur.

+piz mu duk kat Pengkalan kubur ke..senang le nak ziarah nanti...he he

2 ulasan:

piz berkata...

aku setujula, mmg x molek la kalau ziarah kubur ni jadi macam pesta pulak, sepatutnya tujuan kita pergi ziarah kubur tu nak suh kita rasa insaf, rasa gerun dgn kekuasaan Allah nih, tapi kalau sebaliknya tak bagusla.


wei antu, aku rasa takdok lg nama tmpt ke nama kg pengkalan kubur kat mache nih, ape a!

Tanpa Nama berkata...

ye ke, aku sudah silap he he....

antu