Sabtu, September 12, 2009

berhati hati berguru di internet


ASSALAMMUALAIKUM.

Ramadan telah dilalui dan masuk hari ke-17 hari ini. Alhamdulillah. Saya kira sambutannya di negara-negara dengan ramai warga Islam agak meriah dan mencerminkan sikap saling membantu masyarakat Islam. Nikmat solat tarawih begitu terasa, saya pasti.

Bagaimanapun, di sebuah bandar kecil di Amerika, di mana saya tinggal, tidak ramai yang tahu apa itu Ramadan. Saya memberitahunya kepada ibu saya yang memberi restu saya memeluk agama Islam. Sangka ibu, Ramadan itu adalah bulan suci kaum Yahudi.

Saya tidak dapat mengerjakan solat tarawih beramai-ramai. Saya tidak akan lihat keramaian besar-besaran pada Hari Raya kelak, persis paparan suasana meriah sekumpulan gadis Arab mewarnakan jari-jemari mereka dengan palitan inai.

Selepas menahan lapar dahaga dan menjauhkan diri saya daripada snek kegemaran saya seperti kentang goreng atau minuman soda, saya terdorong untuk jadikan puasa itu sebagai rutin saya selepas bulan Ramadan.

Adakah memeluk agama Islam bererti saya perlu mengubah keseluruhan daripada kehidupan saya atau memencilkan diri saya daripada sebarang aspek hiburan?

Saya tidak fikir begitu. Dalam Islam juga ada kelonggarannya. Ia bukanlah agama yang mengongkong umatnya, bahkan, akan membuka pintu ke arah mereka melakukan perkara-perkara baik.

Ada kalanya, saya terasa terlalu tertekan. Tetapi saya tahu Allah tidak akan menguji saya lebih daripada yang saya mampu.

Memeluk agama Islam memerlukan anda melakukannya langkah demi langkah.

Saya sarankan agar anda yang terbuka pintu hatinya untuk berbuat begitu agar mencari laman Islam untuk dilungsuri terlebih dahulu atau mentor yang boleh membantu anda.

Jangan lungsuri laman Wikipedia memandangkan sesiapa sahaja boleh mengubah kandungan laman ini dan memesongkan pengetahuan anda.

Usah mudah mempercayai ajaran orang yang pertama anda temui. Lihat di sekeliling anda dan luaskan rangkaian kenalan anda sehingga akhirnya anda temui ustaz atau ustazah bertauliah yang dapat membantu anda.

Amati pengertian solat lima waktu itu dalam bahasa anda sendiri. Saya mengambil masa empat hari untuk menghafal bacaan solat. Pelajari doa-doa yang baik dan minta perlindungan Allah.

Saya dapati dalam menjalani kekelaman hidup ini, meminta Allah melindungi diri ini akan membuka pintu keinsafan dan sekali gus bantuan dan rezeki mencurah buat kita, hambanya.

Masih teringat saat-saat saya baru mempelajari agama Islam. Saya tersilap menjadikan laman Wikipedia sebagai rujukan. Saya dapati selepas itu, saya kian bingung sebab menyangka setiap rakaat memerlukan bacaan berbeza! Hanya selepas menemui mentor saya, barulah saya mempelajari cara mendirikan solat dengan baik.

Nota: Nura (saudara baru dari Amerika Syarikat), 18 tahun, yang beberapa bulan lalu memeluk agama Islam setelah menelaah agama lain. Rencana asal dipetik daripada laman 'Muslimness: Muslim Diaries'.



* kepada umi yang duk berguru dengan piz cara membuat solod lada berhati2 belajar yer, kan jadi terung solod...pada nyle lak hati2 cari anak murid mua ha ha...kan tersilap ajar buat spageti dia taruk mee goreng.

2 ulasan:

maymot berkata...

hi3...
berguru ngan tenet bab masak2 takpe...
salah pun tak merosakkan akidah..hehe

>>apo lak umi masak solok lada...solok ike la...!!!
huhu

piz berkata...

ho la kak...
antu ni pening sokmo raso, sbb tu kak crito pasal wak solok ike dio kata kak wak solok lada... meme pening tahap serius doh mu ni antu wei...gi la cari2 ubat nun :D