Jumaat, September 25, 2009

kisah di hari raya...


Hari raya ketiga saya sempat bersiar-siar di pusat bandar Kuala Lumpur menggunakan LRT, hari tersebut bukan main seronok menggunakan kemudan LRT untuk pergi beraya kerana warga kota masih ramai beraya di kampung.


Dari satu stesen ke satu stesen saya kemudiannya sempat berborak dengan seorang warga Amerika berasal dari California, dengan nada senyum dia berkata kepada saya, sungguh seronok tinggal di Malaysia penuh warna warni aneja ragam kehidupan.


Saya bertanyakan dia adakah beliau merupakan seorang pelancong atau berkerja di Malaysia, dia menyatakan dia baru beberapa bulan berada di Malaysia bermula bulan Julai dan dikehendaki berada di Malaysia dalam tempoh setahun atau sehingga kerja selesai.


Dia menyatakan sudah banyak negara beliau tinggal namun di Malaysia merupakan tempat paling seromok untuk didiami kerana faktor keselamatan dan wujud pelbagai budaya dalam satu tempat.


Sambil bertanya kepada saya, kenapa Kuala Lumpur senyap sunyi dan perihal budaya orang Melayu balik Kampung di musim perayaan.

Dengan gaya macho saya menceritakan serba sedikit kenapa ia wujud...Sehinggalah dia turun di stesen Masjid Jamek...

0 ulasan: