Selasa, September 08, 2009

berbuka puasa mana pilihan kita


Sabtu lepas berkesempatan untuk bershoping raya dan berbuka di luar, selepas shoping terus menuju ke restoran yang ada di shoping mall tersebut,malangnya semuanya penuh dan sudah ditempah. Dalam teraba-raba mencari tempat berbuka terpandang satu restoran yang dimiliki oleh orang cina namun makanan disitu dijamin halal. Kerana majoriti pekerjanya adalah orang Melayu dan mendapat pengesahan HALAL JAKIM.


Apa yang menarik apabila berkunjung ke restoran ini, notis dipintu masuk telah dinyatakan pada bulan ramadhan menu special adalah khas untuk hidangan berbuka puasa, dan restoren akan memberi keutamaan kepada pelanggan islam untuk berbuka puasa.


Walaupun tidak menghalang pengunjung bukan islam mengunjungi restoran tersebut namun cara ia menghargai orang islam yang berpuasa amat mengujakan saya.


Tepat waktu berbuka, pelayannya akan datang ke meja memaklumkan bahawa telah masuk waktu berbuka.Manakala pelanggan yang baru sampai dihidangkan dengan biji kurma sementara menunggu masakan siap dihidangkan.


Dalam hati saya berfikir alangkah bagusnya kalau semua restoren dimiliki orang islam pun melayan pelanggannya seperti ini.

0 ulasan: