Rabu, September 02, 2009

Bazar Ramadhan suatu keperluan atau medan mengambil kesempatan?



salah satu pengisian yang saya paling tidak minat walaupun rakan-rakan lain begitu meminati ialah mengunjungi bazar Ramadhan, disebabkan tidak suka mengujungi bazar Ramadhan, saya selalu disindir rakan-rakan lain dengan pelbagai persepsi.





Saya sebenarnya tidaklah fobia dengan bazar Ramadhan, cuma merasakan tidak selesa untuk membeli belah dalam keadaan kesesakkan yang padat. Namun begitu saya sesekali tidak menghalang rakan lain untuk pergi ke bazar Ramadhan. Setiap orang ada kehendak dan pilihan masing-masing, sepatutnya tidak timbul soal terlalu memilih ataupun tidak.






Pada saya setiap orang ada alasan tersendiri kenapa ia minat dan tidak,kedudukkan bazar Ramadhan dengan rumah saya sebenarnya cukup dekat, hanya sepelaung sahaja dengan rumah. Namun sehingga ke hari ini tidak pernah pun saya menghadirkan diri untuk memeriahkan suasana. Dan saya ada alasan saya sendiri kenapa tidak teruja dengan program tersebut. Saya akui bazar tersebut mampu menambah pendapatan kepada peniaga kecil yang berniaga di bazar tersebut. Malah dikatakan mereka yang berniaga di Bazar ramadhan mampu hidup senang lenang selepas habis raya. Untung yang diperolehi dikatakan mampu untuk menyara hidup selama setengah tahun, malah kenyataan seorang peniaga yang pernah saya dengar dari TV pada tahun lepas dia mampu untung berpuluh ribu hanya sebulan berniaga.
Kalau benar begitu Alhamdulilah, yang tidak pernah berniaga pun mungkin boleh mula berjinak dengan berniaga. Itu mungkin hikmah ramadhan yang orang Melayu memperolehinya. Saya ada banyak maklumat dari rakan negara lain bahawa hanya di Malaysia sahaja bazar Ramadhan wujud dan diperkasakan oleh umat islam. Mungkin ini keistimewaan ramadhan dan syawal di alam Melayu. Seperti sambutan idulfitri juga negara di alam Melayu lebih meriah dan besar menyambutnya berbanding negara islam di benua lain.
Tahun lepas saya sempat menghadirkan diri beberapa kali bazar Ramadhan tahun ini tidak pasti lagi bila akan menghadirkan diri.






0 ulasan: