Ahad, Ogos 30, 2009

suatu kisah di zaman Pak Kaduk


Sewaktu menungu surat kemasukan ke Universiti pada zaman dahulu kala he he he, penulis ada berkerja si sebuah kedai makanan segera, kerja itu sebagai cara untuk mengisi masa lapang yang ada dan menampung duit poket untuk membeli dot dot dot.... Masa tu penulis telah didekati oleh seorang gadis bukan Melayu yang menyatakan isi hatinya ingin berkawan dengan penulis.


Tanpa memikirkan niat sebenar gadis tersebut, penulis menerima seadanya dengan permintaan gadis tersebut. Selama hampir tiga bulan berkawan dengan gadis tersebut rupa-rupanya gadis tersebut berkawan dengan diri penulis kerana beliau ingin mengetahui dengan lebih mendalam mengenai islam, masa itu penulis gagal menangkap kehendak sebenar gadis tersebut.


hanya diwaktu terakhir perkenalan baru penulis menyedarinya, namun selepas itu apabila sudah melanjutkan pengajian ke U, penulis gagal untuk menghubungi gadis tersebut. Kalaulah pada masa tersebut tahu tujuan asal gadis tersebut tentu dah lain episode cerita ini, he he he...


Penulis mendoakan gadis tersebut telah memeluk agama islam kini, sewaktu bulan puasa dia ada menceritakan pada penulis dia juga semasa itu walaupun belum memeluk islam tetapi dia ada belajar cara berpuasa. Kerana katanya berpuasa banyak memberi proses pembelajaran pada dirinya.Pada masa tersebut penulis sangkakan tindakan dia berpuasa hanyalah untuk ikut-ikutan sahaja, tanpa mengetahui ada niat lain yang dia ingin lakukan.


Gadis tersebut yang berasal dari Johor Bahru, selepas itu katanya telah menyambung pengajian di .... dan semenjak peristiwa tersebut penulis tidak pernah bersua dengannya...mungkin kalau dia memakai tudung wajahnya seperti gambar diatas ...( he he he )


1 ulasan:

Man berkata...

Sekali gadis misteri lah pulak... dari JB... hmmm jgn sedara sepupu papat aku sudah ;)