Rabu, Ogos 26, 2009

3 ramadhan ketika dahulu


Hari ini hari kedua aku tak dibenar keluar rumah, menurut doc aku ada simpton influeza, bahaya jika aku pergi kerja atau berada diluar. Mungkin Simpton aku ni akan berjangkit dekat orang lain dan aku juga boleh menerima dengan mudah jangkitan Flu lain.

Harap2 esok pagi segala gejala demam, flu dan pening kepala aku akan berakhir...kalau tak terpaksa pergi spital lagi selepas ini. Aku rasa aku dapat jangkitan flu ni semasa satu majlis di kuala Lumpur tempoh hari. Masa tu dalam dewan hotel, tak terfikir lak nak kena pakai penutup
hidung, tak sangka lak jadi begini akhirnya.

Sebenarnya aku dah jarang ke tempat terbuka selepas penularan wabak H1n1, Nak jadi penyebab je la kut semasa di hotel tu.


Pasar ramadhan pun aku tak pernah pergi, kalau tahun lepas pun hanya pergi beberapa kali sahaja menghadirkan diri termasauk pasar ramadhan di Kota Bharu. Tahun ni mungkin tak sempat kut nak berkunjung ke sana memandangkan kesihatan tidak mengizinkan.


Bila berbicara pose ni, aku ada satu cite semasa berpose di zaman kanak-kanak. Masa tu pakcik aku ajak aku gi berbuka pose dan tinggal di rumah dia, memandangkan rumah dia jauh ke hujung kampung. Apabila nak pergi solat sunat terawih terpaksa la berjalan kaki dengan sepupu bawa lampu suluh melalui tanah perkuburan sebelum sampai ke surau.


Masa itu tidak tahu pun semua syaitan di kurung pada bulan pose, kesudahanya apabila lalu je bawah pokok besar berhampiran kubur tu, hati seringkali takut yang amat sangat.


Ada satu malam selepas selesai sunat terawih, lampu yang kami bawa tetiba padam, pergh gelap gelita kawasan tu. Angin pun tiup bukan main kencang, dan seakan pokok besar tu berubah menjadi hantu, he he he. Dengan kesamaran kegelapan itu seakan ada hantu diatas pokok tersebut yang sedang memerhati dan memangil kami.


Dalam keadaan ketakutan tersebut, apalagi-kami berdua terus lagi, lari punya lari sampai putus selipar dan jatuh tersembam ke bumi, sepupu aku pula jatuh ke dalam parit.


Sampai dirumah, Mak Lang (mak sedara aku) tanya kenapa kami termengah-mengah. Kami hanya diam seribu bahasa, biarlah kami sahaja yang tahu.


Hari ini bila dikenang balik cerita itu aku dan sepupu aku akan ketawa sendirian, buat arwah pakcik aku yang sudah kemballi ke rahmatullah baru-baru ini, aku doakan arwah berada di tempat orang beriman. Kini rumah pakcik aku sudah dirobohkan kerana anak menantu sudah tidak mahu tinggal disitu, semua lebih selesa di rumah masing2 .

4 ulasan:

piz berkata...

mulo2 aku nk ssuko kah kah kah... tp sbb mu royak mu deme plok, aku suko haha jh la... :D

aku nnk ssuko sbb crito mu lari ke antu tu, ruponyo ado jg crito lawok mu nih, ingt crito jjiwo jh sokmo dr kecik sampai tuo nih :D

pahtu mu x g tgk smula ke tmpt mu nmpk antu tu waktu siang? mano tau kut2 pelepah kelapa ke, guni ke, mcm2 bendo blh nmpk mcm antu kalu waktu mlm nih. aku tau blako, sbb aku ganah :D

maymot berkata...

hah...
gi makan hotel tak ajak umi..
tu pasal la antu ni demam...hi3

**len kali pakai la mask bila nak kuar taim2 selsema babi berleluasa neh...
haihhhhh

Tanpa Nama berkata...

piz nanti aku sambung part hantu tu he he he..lupa nak tulis...

jahat mu piz suka kat aku yer...

umi ala itu pun kawan yang ajar makan he he..teman gi ler makan pree

antu

tallysfabela berkata...

JackpotCity Casino - Las Vegas, NV | MapYRO
See 세종특별자치 출장마사지 a map showing JackpotCity Casino. 정읍 출장안마 Rating: 3.3 · ‎36 reviews · 남양주 출장샵 ‎Price range: 전주 출장안마 ($) 동두천 출장샵