Jumaat, Ogos 07, 2009

PAS selangor sokong tindakan MBSA


Saya mengucapkan syabas kepada Dr Hassan Ali kerana berani menegur Menteri Besar Selangor dan menyarankan Roniu Liu melettakkan jawatan, teguran ini bukan bermakna PAS Selangor ingin menjadikan arak sebagai isu, tetapi teguran kearah kebaikan, yang halal tetap halal dan haram tetap haram.

Walaupun pihak DAP akan mengunkit bahawa kerajaan Pakatan rakyat berkuasa kerana undi orang cina yang menyokong pembangkang, tetapi jangan lupa bahawa ramai juga orang melayu yang mengambil keputusan berat hati mengundi DAP. Saya amat menyokong saranan YB zulkifli noordin yang menyarankan agar Roniu Liu diganti sebelum rakyat Selangor menggantikan kerajaan pakatan rakyat akan datang.

Kepada pihak yang terlalu taksub dan membela kepada DAP, ingatlah anda adalah mewakili parti islam, dan islam tidak mengandaikan prinsipnya untuk semata-mata berkuasa.

Apa guna kita menjadi kerajaan sekiranya apa yang kita laung-laungkan sebelum ini hanya retorik semata-mata. Mungkin suatu masa rakyat akan mempersoal tangungjawab kita, dengan desakan Dr hasan Ali itu ini membuktikan kita serius menangani masalah arak di negeri selangor.


Dalam kekalutan yang dicetus DAP kini, seharusnya pihak DAP muhasabah diri kenapa perkara ini berlaku dan jangan hanya menyalahkan pihak lain.


0 ulasan: