Selasa, Julai 28, 2009

mawar atau ros?



MENGAPAKAH bunga mawar sering bertukar tangan sebagai hadiah cinta atau bukti perasaan kasih yang amat antara sepasang kekasih?
Sebenarnya, sejarah bunga sebagai lambang cinta dan kejelitaan telah berputik berzaman dahulu. Mengikut mitos Yunani, bunga mawar adalah bunga kegemaran dewinya seperti Isis dan Aphrodite.

Tidak hairanlah, sejambak bunga mawar sering diberikan oleh seorang insan kepada kekasihnya. Namun bunga mawar juga mempunyai makna lain dan adalah lambang untuk beberapa perkara lain selain daripada cinta.


Mawar atau ros pula bermakna merah jambu atau merah dalam beberapa bahasa purba seperti Yunani dan bahasa Poland. Malah ia sering digunakan sebagai lambang sesebuah negara atau daerah.


Bunga mawar adalah bunga kebangsaan England dan Amerika Syarikat. Selain daripada itu, ia digunakan sebagai lambang pasukan ragbi Inggeris yang bergelar 'English Rose'.
Bunga mawar putih pula adalah lambang bunga untuk daerah Yorkshire yang seperti meniru Lancashire yang menampilkan mawar merah sebagai bunga pilihannya.

Alberta di Canada dan ibu kota Pakistan, Islamabad, juga memilih bunga mawar sebagai bunga yang mewakili pemerintahan mereka.

Di Amerika Syarikat, bunga mawar adalah bunga rasmi untuk empat negeri iaitu Iowa, North Dakota, Georgia, New York dan Portland di Oregon, yang mengadakan festival mawar setiap tahun.

Bunga mawar juga pernah digunakan sebagai lambang idea politik dan ia sering mengiringi idea sosialisme dan demokrasi sosial.

Trend ini mungkin bermula apabila bunga mawar merah pernah digunakan sebagai lencana oleh penduduk Paris yang menyertai bantahan beramai-ramai pada Mei 1968.
Bahkan, bunga ros putih atau White Rose pula adalah nama sebuah kumpulan keamanan di Jerman semasa Perang Dunia Kedua.

1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

dua benda yg berbeda mawar wangi rose tu harum dan menyengarkan so 2 who person have feeling yg romantic they know utk menghargainya