Ahad, Ogos 23, 2009

satu kisah awal Ramadhan

alangkah bertuahnya tahun ini masih diberi peluang dan berkesempatan mengerjakan amalan ibadah puasa.

berbeza dengan tahun lepas ibadah puasa tahun ini terasa lain sangat. Di tengah2 kegawatan penularan H1N1, kita juga sedang sibuk dengan pelbagai tuntutan kehidupan. begitu juga dengan diri penulis.

Dari soal kehidupan peribadi hinggalah kerjaya terasa begitu pantas kehidupan ini, menjelang ramadan ini penulis mengharapkan ada sinar baru untuk diri penulis. Sudah tidak sanggup rasanya berpatah balik mengimbas saat-saat melakukan kerja sebelum ini. Penat tidak terkira sehingga mengabaikan tugas kepada pencipta.

Sewaktu di KLIA, penulis ada berkenalan dengan seorang kawan baru, sewaktu menghantar keluarga tempoh hari, dia bertanyakan kepada penulis:

"eh, bila sahabat nak pergi ke Tanah Suci pula? takkan nak hantar orang lain sahaja"

Penulis kata " kalau diizinkan Allah, hari ini atau besok pun saya nak pergi sana, tapi keadaan ekonomi tidak mengizinkan, terlalu banyak tangungan dan halangan"

kata sahabat tersebut " kalau nak dikira tagunggan sampai bila tak habis, kalau niat betul tidak timbul halangan atau rintangan.

Sambil menganggukkan kepala, penulis bertanya kepada beliau " Sudah berapa kali bertolak ke Tanah suci ?" dia yang dari tadi sibuk menyampaikan tazkirah kepada penulis, terus tersentak dan menjawab belum pernah.

Apabila dia mengeluarkan perkataan tersebut, penulis terus bangkit dari kerusi tersebut dan memohon diri meminta izin ingin ke surau untuk solat Zuhur.

Lagaknya dia seorang yang cukup bijak dalam soal urusan umrah, namun dirinya tidak pernah sekali memijakkan kaki di tanah suci. Adakah penulis perlu kagum dengan dirinya atau hanya masuk telinga kiri keluar telinga kanan?

0 ulasan: