Rabu, Julai 15, 2009

PAS menang dalam kekalahan di Manek Urai

Parti Islam SeMalaysia (PAS) mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manik Urai di Kelantan setelah calonnya Mohd Fauzi Abdullah atau Abe Uji, mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat, dengan majoriti 65 undi dalam pilihan raya kecil semalam.
Mohd Fauzi, 50 tahun, memperolehi 5,348 undi manakala Tuan Aziz , 38 tahun, mendapat 5,283 undi.

Pilihan raya kecil itu diadakan selepas penyandang terdahulu, Ismail Yaacob daripada PAS, meninggal dunia pada 22 Mei lalu akibat serangan sakit jantung.

Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, berkata peratusan penduduk yang keluar mengundi sekitar 87.33 peratus, atau 10,736 daripada 12,293 pengundi berdaftar. Dan ia melebihi sasaran 85 peratus SPR dan termasuk antara peratusan tertinggi dalam sejarah pilihan raya kecil, kata Tan Sri Abdul Aziz.

Kemenangan PAS memang sudah dijangka memandangkan Manik Urai kubu kuat PAS. Allahyarham Ismail meraih 5,746 undi, dengan majoriti 1,352 undi, pada pilihan raya umum 2008.
Namun apabila PAS hanya menang dengan hanya 65 majorit itu dianggap perkara mengejutkan, dan yang lebih taruk lagi undi rosak lebih banyak berbanding undi majoriti, trend penurunan undian kepada PAS ini merupakan kali kedua berlaku selepas Pilihnaraya Bukit Gantang.
Namun di Bukit Gantamg PAS diselamatkan dengan undian daripada bukan melayu sekaligus meningkatkan sokongan undian kepada PAS, Jika senario ini berterusan kearah mana sebenarnya yang ingin dibawa PAS?
Sebagai sebuah parti yang ingin mendaulatkan islam tetapi tidak mendapat sokongan sepenuhnya dari kalangan umat islam. Tentu ada yang tidak kena berlaku, lebih 2 lagi undian ini berlaku di negeri Kelantan yang dikatakan kubu kuat parti PAS, malah sebelum ini kawasan tersebut dimenangi PAS lebih dari seribu undi majoriti.
Pucuk pimpinan PAS harus muhasabah diri untuk mencari kelemahan dalaman, apa yang sebenarnya berlaku sehingga menyebabkan undi pengundi manek Urai beralih arah, tidak guna jika PAS hanya mengalahkan UMNO tetapi tidak pernah sedikit cuba memperbetulkan kekalutan yang berlaku didalam Parti.
Seharusnya Musyidul AM yang juga merupakan Menteri Besar PAS, dapat menilai kembali jentera pilihanraya di manek urai dan juga strategi berkempen, serta membuat penilaian seadilnya terhadap situasi yang berlaku.Termasuk penilaian kenapa separuh pengundi manek urai menolak PAS.
Seperkara lain juga Menteri Besar Kelantan juga patut menilai kembali segala nasihat2 dari pembantunya selama ini, adakah nasihat mereka itu dapat membantu parti atau merosakkan parti.

0 ulasan: