Sabtu, Mei 16, 2009

Cikgu selamat hari Guru`


"kalau tak kerana guru, aku tidak mungkin seperti ini, kalau tidak kerana guru aku mungkin tidak berjaya seperti hari ini,kalau tidak kerana guru aku tidak mungkin menjadi insan berguna...."

Itulah antara ayat-ayat yang biasa dilontarkan untuk menghargai jasa dan peranan guru, bermula hari ini dan seterusnya para guru akan diraikan oleh pelbagai pihak, acara sambutan yang streotype akan terus dipersembahkan kepada guru. Hari ini profesion guru bukan lagi dipandang rendah, berpuluh ribu akan cuba mengisi jawatan tersebut, minat no 2 janji dapat jawatan tetap dan berpencen.

Namun ada juga guru yang benar-benar komited pada tugas yang diberi sehingga sanggup mengorbankan banyak perkara demi tugas yang diamanahkan. Masih ingat lagi saat berjumpa dengan seorang kenalan guru dari Tanah Merah Kelantan disebuah sebuah pulau berhampiran Semporna Sabah. Ceritanya sungguh mengujakan, namun disebalik itu guru tersebut seronok dengan tugas yang beliau lakukan walaupun terpaksa berkorban.

Namun akhir-akhir ini satu perkara yang kadang-kadang membuatkan saya pelik dengan sikap guru2 ini, perihal kebajikan seringkali dibangkitan, gaji tak cukup, komplen sana sini dan sebagainya. Seingat saya sudah banyak kemudahan yang diberikan kepada guru tetapi kenapa isu ini masih belum selesai, adakah guru kini terlampau bermata duitan? atau sudah terasa selesa sangat dengan jawatan tersebut. Nak dibandingkan dulu elaun guru berapalah sangat, kalau pelatih perguruan lepasan SPM rasanya tidak sampai seribu kalau ada STPM sekitar RM 1200.OO.
Namun kerjaya guru kini cukup lumayan,elaun sana sini- tapi masalahnya soal kenaikkan pangkat dan gaji seringkali berkumandang seolah guru-zaman dahulu tidak makan nasi. Itulah beza guru dahulu dan sekarang.
Guru dahulu begitu komited dengan tugas mereka, sebab itu barangkali mereka dapat melahirkan generasi yang tuntas dan cemerlang, berbeda dengan segelintir dengan guru yang ada pada hari ini.
Kebelakangan ini ramai guru telah membuat dua kerja samada menjadi ejen MLM, berniaga sambilan, menjadi guru tuisyen, membuka kedai dan sebagainya sehingga mengabaikan tugas hakiki. Waktu kerja yang tidak sama dengan penjawat jawatan lain memberikan peluang kepada guru untuk melakukan dwi kerja ini.

Tindakan segelintir kelompok guru ini sebenarnya sedikit sebanyak mencemarkan imej perguruan. Ini tidak termasuk dengan tindakan beberapa guru yang melakukan perkara tidak bermoral dilakukan oleh seorang guru seperti jenayah dan merosakkan kepercayaan ibu bapa kepada mereka.

Apa pun kepada guru yang berjuang bermati-matian menempatkan profesion keguruan ditempat paling baik dimata masyarakat, saya ingin mengucapkan "selamat hari guru kepada Cikgu" semoga pengorbanan anda dibalas dengan sentuhan kejayaan.


0 ulasan: