Ahad, Julai 19, 2009

adakah perlu menunjukkan simpati dengan candle light vigil?


Gambar ini saya ambik dari blog Ummi Anni, saya pun sependapat dengan umni sebagai umat islam saya pun terusik dengan tindakan Menteri Besar Perak Ir. Nizar terlibat sama dengan upacara candle light vigil.


Saya faham MB Nizar ingin menyampaikan tanda berkongsi kesedihan, namun telibat sama melaksanakan upacara tersebut dirasakan tidak sesuai dengan imej parti yang sinonim dengan gerakan islam. Bukankah lebih baik Nizar hanya tunduk tanda bersimpati.


Sejak di kampus saya dan rakan-rakan sering mengkritik tindakan sekelompok pelajar terikut dengan budaya barat dan Kristian, tetapi kini terasa sedih bila pemimpin dari Parti Islam melakukan tindakan sedemikaian.


Saya bukan bijak pandai agama, namun saya amat memahami melakukan tindakan yang seakan perilaku agama lain adalah tidak wajar sama sekali dilakukan.


Semoga ini tidak lagi berlaku dalam keghairahan kita untuk merebut undi bukan islam. Sesungguhnya biarlah undi yang datang kepada PAS kerana islam itu benar .

0 ulasan: