Dunia politik semakin buruk, UMNO dengan rasuahnya, PKR dengan pembohongannya...dan PAS? ......anda fikirkan sendiri apa yang berlaku dengan PAS dari muktamar sehingga sekarang.
Sekiranya ada benda yang salah dilakukan semua pihak akan mempertahankan sehingga ke lubang cacing, walau hakikinya benda itu salah. Itulah asuhan politik Malaysia sifatnya amat buruk dan belum masak lagi. Masyarakat ditipu oleh golongan politik yang oportunis yang ingin menjadikan rakyat sebagai mangsanya.
Inilah bangsat politik dan orang yang mengaku menjadi pengikut parti politik, semuanya diiakan dan tiada bantahan. Perbezaan pendapat tidak diraikan malah mangsa dicemuh kerana melawan arus.
Mengapa ini berlaku, adakah kita terlalu lalai dengan kuasa, atau kita alpa dengan sedikit kenikmatan yang diberi oleh Allah. Adakah suatu masa pencipta akan menarikbalik kenikmatan yang diberi, pada masa itu apa yang akan kita fikir, fikirkan...
0 ulasan:
Catat Ulasan