Setelah membuat kajian dan survey, tiba masanya punca sebenar kepada tragedi rusuhan dan membakar kereta di Kota Bharu tempoh hari dikeluarkan.
Setelah didesak dengan begitu keras oleh Datin Seri Memot dan juga Piz , laporan ini juga telah dikeluarkan dengan mengambil sikap tidak menyokong kepada mana-mana pihak samada faktor kenegerian atau kebencian.
Hasil analisis yang dilakukan menunjukkan terdapat faktor besar yang menyebabkan kejadian tersebut.
Umum mengetahui negeri Kelantan sejak 1990 telah mula diperintah Parti PAS yang merupakan pembangkang kepada kerajaan Persekutuan, lantas keadaan ini menyebabkan banyak peruntukkan2 pembangunan telah disekat oleh pihak kerajaan Pusat terhadap kerajaan negeri. keadaan ini lama kelamaan menyebabkan timbul pemikiran di hati orang Kelantan bahawa kerajaan Pusat seringkali ingin menindas Kelantan dari semua aspek, termasuk sukan.
Ini boleh dibuktikan disaat negeri lain mempunyai kemudahan stadium yang moden dan kompleks sukan negeri, negeri tersebut masih terpaksa menggunakan Stadium usang yang dibina sejak tahun 19 70-an tanpa pengubahsuaian dan peralatan moden. Ini menyebabkan orang Kelantan sentiasa berfikiran negatif terhadap kerajaan Pusat yang dipimpim BN.
Secara kebetulan apabila pasukan bolasepak kelantan bermain cemerlang beberapa musim kebelakangan ini, pada awal musim pihak FAM telah menghadiahkan kemenangan percuma kepada KL PLUS (yang baru2 ini ditarik balik keputusan) walaupun perlawanan tersebut tidak dapat dilakukan kerana faktor cuaca. Seterusnya perlawanan melibatkan kelantan juga sering diadili oleh Pengadil yang berat sebelah menyokong pihak lawan, hinggalah kepada malam kejadian apabila pihak keselamatan telah membuat justifikasi yang salah kepada penyokong Kelantan. (tidak boleh dinyatakan perkara tersebut)
Ini menyebabkan orang kelantan merasa tercabar dengan maruah yang dipermainkan oleh pihak berkuasa, dan mereka secara sepakat ingin membela maruah yang tercalar. Walaupun ada pihak yang mengaitkan punca rusuhan itu kepada faktor kekalahan dan juga faktor serangan penjaga Gol halim Napi kepada aidil Zaquan. Namun tidak ada justifikasi kaitan antara kejadian tersebut. Kerana rekod menunjukkan peminat Kelantan boleh menerima kekalahan jika berdasarkan kepada keputusan yang lepas sekiranya permainan adalah menarik.
Seharusnya kerajaan pusat yang harus dipersalahkan dalam aspek ini kerana menyekat perkembangan pembangunan sukan di Kelantan sehingga menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan peminat sukan negeri.
Disebabkan sifat orang Kelantan yang berani dan "Gedebe" maka pelbagai media dan kumpulan telah menghentam sebegitu rupa peminat bola Kelantan dan juga orang Kelantan. Pada saya ini tidak adil kerana kita kena mengakui tanpa ada sikap gedebe orang Kelantan tidak mungkin PAS akan mampu memerintah kelantan selama 20 tahun.
Sikap gedebe itulah yang menyebabkan orang kelantan boleh hidup dimana-mana hatta dinegeri yang jauh dari capaian bas ekpress dan keretapi. Jangan terkejut jika sikap gedebe itu menyebabkan wujudnya kan perkambungan Kelantan di Britain, di Australia di Perak, di Muar dan kota Tinggi, johor di Sarawak , di Sabah dan di merata tempat lagi.
Sikap gedebe itu juga telah menyebakan tradisi orang Kelantan telah diangkat menjadi budaya orang Melayu dan Nasional, siapa sangka dikir barat boleh merebak sampai ke Singapura? siapa sangka rebana ubi dan wau bulan diangka menjadi ikon nasional.
Kalau tidak kerana orang kelantan yang gedebe juga tidak mungkin bilangan guru, kakitangan awam, kakitngan hospital dan golongan Pofesional Melayu mampu seramai ini di Malaysia pada hari ini dan dapat menyeimbangkan dengan kelompok kaum lain. Agaknya sekiranya semua orang melayu Kelantan "Gedebe" ini ditarik dari berkeja di seluruh Malaysia, apa akan jadi pada kesemua institusi ini?
Seharusnya sebuah badan bebas perlu diwujudkan untuk mengenalpasti punca kejadian tersebut bagi mengelakkan nama Kelantan tercemar. Walaupun sikap perusuh itu memang tidak elok pada kaca mata kita dan tidak harus dijadikan budaya, namun seharusnya semua pihak harus menyiasat dahulu baru menghukum. Jika tidak kita akan sekali lagi menghukum kelompok yang tidak bersalah, dan memperbodohkan diri terlibat dalam polemik yang yang membangkitakan semangat kenegerian.
2 ulasan:
ooo..
kira salah pusat la ni..!!
Dah agak dah...hehe
Wah..gedebe kelantanese ni piz...
ala2 piz nih,,ngamok sokmo...haha
Gedebe satu..
rata2 ore kelate ni pung kuat pegange isle dio...
gedebe ado 2 mksud kak... cr a, malas nk royak.
ambo nga pusat tu kecik ati lamo berzaman doh kak, bia a. malas dh nk geger2 nyo
Catat Ulasan