Khamis, April 23, 2009

Manohara bikin Malaysia dan Indonesia PANASSSSSS

Kelantan tidak sunyi dari berita sensasi selepas, dari berita keberanian warganya dalam berpolitik, dari kefanatikan penyokong bolanya dan sekarang digemparkan dengan kisah Manohara yang bisa mengugat keharmonian hubunngan dua negara serumpun Malaysia dan Indonesia.
Yang sedihnya Media Malaysia kini dan para blogger terlebih sudu dari kuah apabila banyak memberikan berita negatif mengenai kisah bekas Model tersebut dah hubungannya dengan kerabat diraja Kelantan. Seharusnya tidak ada mana-mana pihak cuba menanguk di air keruh isu ini kerana dikhuatiri boleh merenggankan hubungan dua negara.




Sebenarnya banyak kekeliruan kisah Manohara ini, bagaimana mungkin ibunya mendakwa Manohara diculik oleh kerabat diraja Malaysia sedangkn bukti yang ada nyata berbeza.
klik sini dan sini untuk melihat sendiri kisah Manohara ini, seolah ada cerita lain disebalik kisah dakwaan culik ini. Adakah si Ibu tidak berolah ganjaran dari pihak istana Kelantan ? atau pelbagai kemungkinan yang wujud...sama-sama kita nilaikan yang mana kebenaran.

0 ulasan: