Jumaat, Mei 01, 2009

Awak nak mee goreng ke atau mee celup?

Sedih rasanya bila mengikuti kisah pertarungan antara kelompok ulamak dan profesional didalam Parti, bunga-bunga pertentangan semakin jelas walaupun pucuk pimpinan cuba menafikan. Walaupun ada teori organanisasi mengatakan sekiranya wujud pertentangan pendapat dalam satu kumpulan ia menandakan kumpulan itu semakin kuat dan berkembang, namun sekiranya ia tidak dikawal akhirnya kumpulan itu juga yang rugi.
Tulisan Nik Abduh seolah-olah telah membangkit semangat baru kepada kelompok ulamak untuk menepis diri dari dakwaan yang dilontarkan oleh golongan Profesional dalam Parti. Terkejut rasanya apabila membaca blog YDP Kelana Jaya Izham Hashim yang seolah-olah memberi andaian ada ulamak yang oportunis dalam parti. Sungguh tak disangka beliau tergamak mengeluarkan kenyataan begitu didalam blognya . Adakah benar ulama yang kita sayangi didalam PAS ini adalah Oportunis? Adakah beliau tidak mengenali sejarah PAS sebelum ini.
Sebenarnya kita tidak dapat menafikan fakta bahawa golongan ulama inilah yang menyebabkan PAS masih wujud sehinga ke hari ini kerana semua mengetahui saat PAS mengalami perpecahan teruk sewaktu tahun-tahun akhir era Dato Asri golongan inilah yang yang member nafas baru kepada Parti. Kemuncak perpecahan dalaman PAS, pada pilihanraya tahun 1982 menyaksikan PAS hanya memenangi satu kerusi dan kawasan dimana Nik Abduh beradalah yang menyelamatkan maruah PAS.
Adakah kita ingin memperlehkan golongan ulama disebabkan suara kelompok profesional lebih ramai dan laku di mata awam ketika ini. Suatu perkara yang harus kita sedari sokongan ramai tak bermakna ia adalah betul contohnya saat Nabi memulakan dakwah dahulu berapa kerat yang ingin mengikut ajaran baginda. Ramai yang menolak saranan baginda, ada yang mengatakan baginda sesat dan sebagainya. Tapi baginda tetap berpegang kepada apa yang diamanahkan kepadanya, dan sesekali tidak goyah dengan kelompoknya yang kecil pada masa itu.
Sebagai parti dan gerakan memperjuangkan islam, seharusnya kita tidak memperlehkan peranan ulama, dan terpengariuh dengan idea dan pemikiran yang berpaksikan barat. Andainya kita memingirkan kelompok ini kita seakan tiada beza dengan kelompok lain yang kita perangi sebelum ini. Saat itu kita mungkin senasib dengan apa yang terjadi kepada kumpulan-kumpulan islam sebelum ini yang tenggelam di telan arus zaman.

0 ulasan: