Gara gara segelintir peminat bola Kelantan merusuh, Kelantan dipukul berpalu-palu seolah-olah tiada nafas diberi kepada KAFA dan penyokong Kelantan membela diri.... disini diterbitkan sedikit catatan dari harian Meto supaya memberi ruang kepada KAFA dan Kelantan membela diri. Tidak adil rasanya mereka dihentam sebegitu teruk di pelusuk negara, tanpa diberi ruang untuk membela diri...harap semua pihak ambil iktibar dari kejadian tersebut,
... pisang setandan tak semua elok ada seulas dua yang buruk, kenapa kita asyik bercakap yang buruk., rasa yang elok tentu lebih sedap....nak goreng boleh, rebus boleh, makan terus pun boleh...
STADIUM Sultan Mohamad IV di Kota Bharu adalah gelanggang kegemaran saya dan walaupun kini saya amat kecewa dengan insiden yang berlaku, saya tetap dengan memori manis dari Kelantan.
Kunjungan ke stadium itu baik di peringkat kelab atau negeri menjadi satu-satunya pengalaman yang dinanti-nanti sepanjang musim. Ini kerana perlawanan menentang pasukan Kelantan selalunya menjanjikan satu perlawanan yang komited serta mengghairahkan.
Penyokong yang membanjiri Stadium Sultan Mohamad IV tetap dengan sokongan padu selama 90 minit. Mereka menghargai komitmen lebih daripada keputusan atau skil.
Dan tidak kira apa jua keputusan, mereka akan tetap bersalaman dengan pemain pelawat selepas perlawanan di luar stadium.
|
Sewaktu saya beraksi di Kelantan, saya selalu bangga dengan reaksi penyokong kerana begitu terbuka dan sedia memberi pujian kepada pemain yang beraksi cemerlang. Peminat bola sepak di Kelantan terdiri daripada mereka yang paling pintar di negara kita.
Di kalangan pemain pula, Yassin Md Noor, Salim Mahmud, Anizan Daud serta Kamaruddin Md Noor antara pemain terbaik negara kita serta kawan karib saya sehingga kini.
Pemain sayap handalan yang pernah menjadi rakan sepasukan saya ialah Md Noor Yaakob, sehingga kini pada pendapat saya, adalah pemain sayap terbaik pernah saya lihat di Malaysia.
Apa yang berlaku di Kota Bharu cukup membimbangkan, terutamanya ketika ini terdapat sedikit peningkatan bola sepak sekali lagi di Kelantan.
Pasukan Kelantan kini terpaksa menerima hukuman yang diputuskan, tetapi saya tetap menyimpan memori manis saya serta saling hormat-menghormati yang dihulur pemain serta penyokong negeri itu.
0 ulasan:
Catat Ulasan