Ahad, November 08, 2009

Siapa munafik didalam PAS?

Setelah isu menjadi panas dengan pandangan dan serangan terhadap Presiden PAS Tuan Guru Haji Hadi. Ianya mendatangkan rasa ketidak puasan hati sesetengah perwalikan PAS. Selepas pembentangan tersebut bermacam-macam tafsiran dibuat.Sungguh tidak sangka jalan yang terbaik cuba dirangka, tetapi berbagai-bagai fitnah telah dilemparkan terhadap pucuk pimpinan.
Apa yang dapat saya katakan ialah, berkemungkinan kerana apa yang dikehendaki oleh penulis tersebut maka fitnah mula dimain-maiankan umpama menyepak bola kesana-kemari.Tidakkah kita semua mengetahui bahawa fitnah itu sedang tidur?. Memang dua tiga hari ini blog tersebut sentiasa memainkan isu krisis dalaman yang mana cara penulisannya itu lebih kepada ada kepentingan. Tetapi saya tidak pasti apa yang beliau dapat daripada mainannya itu.Fitnah terbaru yang disebarkan ialah berkenaan Ustaz Abu Bakar Chik menyergah Tuan Guru Nik Aziz yang amat saya hormati..
Sungguh hina dan jahatnya tuduhan yang telah dilemparkan terhadap Ustaz Abu Bakar Chik. Oleh itu saya mengharapkan agar blogger Green Boc bertanggungjawab dengan tuduhan itu.Oleh itu saya sebagai anak Terengganu menyarankan agar satu perjumpaan diadakan antara Ustaz Abu Bakar Chik dengan blogger Green Boc yang mana saya boleh mengaturkan perjumpaan tersebut sekiranya benar akan tuduhan tersebut.
Bagi saya, tuduhan beliau itu benar-benar berat kerana Ustaz Abu Bakar Chik sendiri cukup menghormatikan TGNA.Jika ingin menjadi penulis yang baik, jangan sesekali menulis perkara yang kita belum tahu keshahihannya. Selidik dahulu apa benar berita tersebut, apa yang menjadi kemusykilan saya ialah dalam masa 4-5 hari ini, saya sentiasa membaca blog Briged MP Segambut.Setiap hari blog tersebut menulis tentang apa yang belaku didalam PAS.....
Apakah sebanarnya agenda anda..... apakah anda ada menyembunyikan sesuatu yang buruk berkenaan ideologi pegangan anda sehingga menyerang bertalu-talu pucuk pimpinan PAS.Bagaimana kalau saya cadangkan agar blog KBO lebih mengutamakan apa yang sedang PKR alami sekarang ini. Tidakkah itu lebih penting menjaga parti sendiri yang sedang berkemaruk sekarang ini. Sehinggakan rakyat Perak terpaksa menanggung segala perbuatan dua tiga ekor katak yang terlalu gilakan harta dunia.Seteruk-teruk PAS pun, tidaklah sampai mempermainkan kepercayaan dan amanah yang telah diberikan. Sedangkan PAS masih lagi bersih dari siasatan SPRM.
Apakah beliau mengira sikap yang ada pada pemimpin PAS sama seperti parti-parti lain. Macamlah KBO dah tah ada cerita sensasi lagi sehingga menuduh Ustaz Abu Bakar Chik.Jika nak cerita sensasi boleh juga saya bagi sikit...... Berkaitan kegagalan DSAI gagal dalam permohonannya......... Bagaimana Adun Pelabuhan Klang letak jawatan atau pun Jeffry Kittigan letak jawatan dan tubuh parti baru. Atau pun bekenaan Adun-adun PKR dari Selangor sudah mula mengeluarkan kenyataan tentang ketidakpuasan terhadap pucuk pimpinan.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali dan Nizar turut kelihatan menghadiri seminar
Berkenaan tuduhan yang mengatakan bahawa Tuan Guru Haji Hadi menyuruh pita rakaman yang dirakam semasa perjumpaan antara Dr. Hassan Ali dan Blogger PAS dan Umno dimusnahkan, adalah satu lagi tuduhan jahat yang dilemparkan oleh musuh-musuh Islam. Bagi saya, mereka ini bukanlah pendokong Islam walau sebesar mana penafian yang dilakukan. Inilah musuh-musuh Islam yang patut dihapuskan.

Walau mereka ini dikenali sebagai blogger yang disegani, bagi saya...... saya langsung tidak mempunyai perasaan hormat kepada mereka. Mereka menulis untuk merealisasikan nama dan blog mereka, tetapi dari segi etika menulis............. hampas........ saya tahu yang saya bukan terkenal seperti mereka............ bagi saya, blog saya adalah blog ikan bilis........... tidak tercapai saya untuk menyaingi mereka kerana mereka lebih terkenal.
Yang pasti saya belum dapat mencari siapakah sebenarnya dalang disebalik fitnah yang mengatakan TGHH mengarahkan agar pita tersebut dimusnahkan. Lihatlah bertapa jahatnya mereka yang menabur fitnah tersebut setelah agendanya tidak menjadi untuk mengkucar-kacirkan PAS. Apakah orang-orang seperti ini kah yang telah disebut didalam surah Al-Hujuraat ayat 12, Allah berfirman :

" Hai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakkan sangka-sangka (dugaan terhadap sesama Muslim), kerana sebahagian sangka-sangka itu ialah dosa, dan janganlah kamu mencari 'aib orang dan jangan pula setengah kamu mengumpat yang lain. Sukakah salah seorang kamu, bahawa ia memakan daging saudaranya yang telah mati(bangkainya)? Maka tentu kamu benci memakannya. Takutlah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah Penerima taubat lagi Penyayang ".
Begitu juga dengan ayat 6 surah Al-Hujuraat, sebagaimana Allah mengingatkan dalam firmannya :

" Hai orang-orang yang beriman, jika datang kepadamu orang pasik (membawa) berita, hendaklah kamu periksa kebenarannya, (kerana takut), kalau-kalau kamu mengenai sesuatu kaum tanpa pengetahuan, lalu kamu menyesal atas perbuatanmu ".

Maka di Perhimpunan Memperkasakan PAS, rupa-rupanya banyak hikmahnya yang kita dapat. Banyak sekali orang-orang yang pasik yang selama ini tidak kita kenal............... pada hari ini Allah s.w.t. telah mendedahkannya dihadapan kita dengan terang lagi nyata. Ambillah ikhtibar dengan apa yang belaku, sesungguhnya Allah itu Maha Bijaksana lagi amat Mengetahui.

Rupa-rupanya segala kekalutan yang berlaku didalam PAS, besar hikmahnya yang Allah hendak pertontonkan kepada kita akan sikap sebenar para-para munafikin. Betapa Allah menguji akan keimanan hamba-hambanya dengan menyerlahkan apa yang belaku. Betapa Allah telah mempertontonkan kepada kita akan para munafikin yang selama ini bertopengkan diatas Islam.

Lihatlah akan Kebesaran yang telah Allah lakukan untuk mengagalkan usaha para munafik yang selama ini menabur berbagai-bagai fitnah terhadap PAS selama ini.dengan menyebarkan bebagai berita-berita yang tiada kebenarannya................ Insyaallah............... kita akan melihat segala kebenarannya......... hanya masa yang akan menentukan lambat atau cepat untuk mendedahkan si Munafik ini.

Oleh itu komen yang diberikan oleh Dr. Aziz Bari perlu juga kita mengambil ikhtibar. Bagi pendapat saya, pandangan yang beliau lontarkan ada mengikut pandangan dari sudut pemerhatiannya. Masaalah hendak menerima atau tidak, itu adalah hak kita sebagai satu jemaah.
Pandangan bukanlah satu hukuman yang perlu dilaksanakan. Jika itu dilakukan, bermakna hancurlah parti jika terdapat 10 pandangan daripada 10 penganalisis. Apakah perlu kita mengikut segala pandangan-pandangan mereka? Apakah perlu kita cabar memcabar dalam memperkasakan PAS?
Bukan senang untuk memuaskan hati semua pihak, kenapa ianya belaku takkala PAS kalah di Bagan Pinang. Kenapa tidak diambil kira dengan kemenangan tipis PAS di Manek Urai dan kejayaan PAS menawan kubu BN di parlimen Kuala Terengganu.

Mengikut pandangan saya yang kerdil ini pula, ada sesuatu yang tidak kena dengan jawatan yang ada didalam PAS. Nampak sangat ada pihak yang teringin sangat dengan jawatan-jawatan yang ada, memandangkan PAS sekarang ini mula mempunyai peranan yang besar dalam politik Malaysia................ Apakah sudah mula sesetengah pemimpin PAS berperangai seperti Umno......... berjuang untuk kepentingan diri.

Seperti gambar yang dipaparkan oleh blog BPN tentang kekayaan TGNA, adakala buat saya ketawa dengan kebodohan puak-puak ini. Mereka ingat pemimpin Umno sahaja yang kaya. TGNA pun termasuk orang yang kaya dan begitu juga dengan TGHH. Mereka mempunyai tanah-tanah dan aset-aset yang lain, yang memang telah diwarisi. Bukan seperti pemimpin Umno yang merompak harta rakyat.
Sumber -Musafirlalu
# Antu nak komen lebih susah nanti orang buat pelbagai persersi, tetapi adalah jelas hari ini semakin sukar untuk mengenalpasti siapa musuh siapa lawan. Nilailah sendiri...

1 ulasan:

Man berkata...

ini lah politik = memeningkan, mengelirukan, memusingkan, meggelekan :(