Jumaat, November 06, 2009

Piala Malaysia : Perlu ke sokong kelate?


Kerajaan Kelantan akan memasang skrin besar di Dataran Stadium Sultan Muhammed Ke-IV di sini untuk memudahkan peminat bola sepak menyaksikan siaran langsung perlawanan akhir Piala Malaysia di antara Kelantan dengan Negeri Sembilan, di Stadium Nasional Bukit Jalil, esok.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO Negeri, Abdul Fatah Mahmood, berkata langkah itu bertujuan memberi kemudahan kepada orang ramai yang tidak berpeluang menyaksikan perlawanan di stadium berkenaan. "Ini sebagai khidmat sosial kerajaan negeri dalam usaha memartabatkan sektor sukan dan mengembalikan zaman kegemilangan mutu bola sepak negeri ini sekitar tahun 70-an dulu," katanya kepada Bernama di sini, hari ini.

Beliau berkata, antara 2,000 hingga 3,000 orang dapat menyaksikan perlawanan menerusi skrin di kawasan terbuka itu. Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Fatah berkata kerajaan negeri akan menganjurkan temasya sukan secara besar-besaran membabitkan lebih 4,000 penyertaan atlet dari seluruh negara pada 13 dan 14 November depan. Katanya, lebih 100 jenis sukan yang digabungkan antara acara tradisional dan konvensional selama dua hari itu bertemakan "Sukan Pengikat Ukhuwah". -Bernama

# Petang tadi kenalan dari Kelantan ada memaklumkan bahawa hari ini beliau terlepas Solat Jumaat kerana ingin ke Stadium bukit jalil untuk dapatkan tiket perlawanan bolasepak. Malangnya apabila sampai di Stadium bukit Jalil time tengahari tadi tiket habis, nak berkejar solat jumaat tak tau masjid kat mana di bukit jalil. Kesimpulanannya tiket pun dia tak dapat solat jumaat pun dia tak dapat hadiri. Kagum dan teruja rasanya melihat kesunguhan penyokong kelantan memberi sokongan. HEBAT.!!!

# Semalam seorang kenalan ni sewaktu sembang sambil sarapan ada berbincang pasal bola, kata beliau dia kecewa Selangor tak dapat pergi final tahun ini, tapi dia akan sokong pasukan kelantan. Saya bertanya kenapa nak sokong Kelantan, sedangkan Kelantan adalah musuh Selangor dalam bolasepak, seperti penyokong Kelantan yang beria-ia membenci penyokong bolasepak Selangor begitulah sebaliknya.

Kawan saya tu mengatakan dia menyokong Kelantan kerana faktor Tok Guru Nik Aziz Menteri Besar Kelantan. Dengan Selamba saya kata kalau sokong kerana kehebatan pemain Kelantan saya boleh terima, kalau sokong kerana faktor Tok Guru adalah MB Kelantan dan dari PAS saya merasakan sedikit ralat.

Sebabnya Persatuan Bola sepak negeri kelantan diterajui oleh kepimpinan UMNO Kelantan dengan Anuar Musa adalah Presidennya, Tok Guru menyokongnya sebab mereka adalah dari satu negeri. Dan saya melihat orang Kelantan dengan semangat kenegerian mereka sokong habis-habisan pasukan mereka tanpa mengira parti. Bukan faktor kepartian yang diangkat oleh sokongan Tok Guru, tetapi dari faktor kenegerian. Dan saya menyatakan Tok Guru sendiri meminta jangan campur adukan dengan politik, sukan bolasepak .

Kata kawan saya, "kalau gitu nak sokong pasukan mana? sokong pasukan RED GIANT pimpinan Menteri Besar ke? . Saya tersemyum sahaja tanpa memberi jawapan.

LU PIKIR LA SENDIRI..dalam hati bagila kat Kelantan menang, kesian tengok mereka begitu teruja untuk memenangi buat kali Pertama Piala Malaysia. Mana tau bolasepak Malaysia kian berseri dan rancak selepas ini dengan adanya kegilaan bolasepak di Kelantan.

2 ulasan:

Man berkata...

salam bro, politik dan sukan tidak harus dicampur-adukan... adat bersukan kalah-menang. may the best man win ;)

Tanpa Nama berkata...

ya itu sudah semestinya...sebab itu tetap sokong Selangor :D
walau selangor tidak ke akhir, hanhya selangor dan .... dihatiku

antu