Sabtu, Februari 07, 2009

Nak marah ni....


Ingatkan dah tak mau update laman ini, entah camner hati mula berdetik ingin menaip lagi gara-gara situasi di negeri Perak, Sampai pening kepala nak cari password blog ni, sebab dah buang ke dalam Tasik Titiwangsa dia punya PASSWORD.


Apabila baca blog Aduka Taruna aku cam setuju je, apa yang dikata bro Aduka ada benarnya, masalah sebenar berpunca dari PKR dan DAP. Dalam hal ni PAS tidak bersalah, watak PAS dalam situasi ini adalah watak orang lurus baik dan mengikuti segala kesepakatan.

PKR gagal menjaga ahlinya yang entah ambik dari mana jadi calon pilihanraya cam dari lonkang je, ditambahkan lagi dengan Sikap Anwar yang duk kata dia ada nombor la nak memerintah malaysia, kes liwat dia la, Anwar gagal mentarbiah ahli PKR menjadi insan baik cam apa yang dibuat pada ahli PAS. Selain tu sibuk dengan agenda 16 September, yang entah betul atau tidak hingga ada orang PAS pun ada yang turut terpengaruh dengan agenda 16 September. Nasib baik ada Mat Sabu dan Mustapha ALi yang tak sokong agenda tu.



Mainan Anwar ini sebenarnya menyebabkan UMNO yang sedang mengalami masalah merasa terancam dengan mainan Anwar, dengan itu UMNO pun merancang untuk bertindakbalas. Skang benda tu dah terjadi nasib ko lah Anwar, mana ko nak cari nomnor nombor ko tu.

DAP pulak gopoh-gapah nak nak buktikan dia bagus kepada orang Cina tanpa memikirkan perasaan Pihak Istana dan orang Melayu di Perak yang rata-rata masih duk guna kati sebagai alat penyukat. Seharusnya dalam hal ini negeri Perak tengok cara Nik Ajis meminpin kelantan. Tahun pertama dia menjadi MB Kelantan takde pun patung di bulatan Kijang dimusnahkan. Apa dia buat yer. Nik Ajis buat program Ilmu mentarbiahkan orang Kelantan, minta depa paham dulu apa itu perjuangan PAS. Lama-kelamaan orang Kota Bharu pun tak sedar patung Kijang di Kota Bharu dah bertukar rupa menjadi Rehal sebab dah mula paham apa yang PAS nak buat.

Di Perak, DAP sibuk nak bagi tanah kat Cha Ya Nun ALIF 999 tahun tu, macam la mereka takde tanah dengan UMNO pun mereka dapat juga melalui MCA, sape tak terasa marah bila hal ini digembar gemburkan ...orang Melayu yang duk pakai timbang kati tentu marah, istana pun tak selesa...sian kat MB Nizar terpaksa jalan perintah...

Apa pun mulai saat ini Aku dah malas nak ambik tau hal PKR, harap-harap lepas ni akan PAS akan perkasakan kelab penyokong PAS, dan kerusi-kerusi majoriti Melayu yang diberi pada PKR Pas harus ambil balik. Aku dah malas nak kata kat PKR ni...langsung takleh dipercayai. dari ahli sampai ke Anwar sendiri...

Ingat PAS hanya bertanding 66 sahaja kerusi Parlimen pada PRK 2008 seharusnya jika PAS ingin menjadi penganti UMNO, PAS harus meletakkan caon di semua kerusi UMNO.

UMNO tak yah cakap la, ia memang parti mangkuk hayun...tak yah sebut, buat cemar blog aku je...

0 ulasan: