Sabtu, Februari 14, 2009

anda berduka mari kita tonton geng upin dan ipin


Siapa kata filem animasi Malaysia tidak berkualiti dan tidak best? Geng upin dan Ipin membuktikan dakwaan ini silap. selepas menonton filem Animasi yang mengambil masa sekitar 90 minit ini, saya amat mengkagumi hasil kerja 40 animator yang menjayakan filem ini.

Filem yang bercorak pengembaraan ini berkisarkan kisah Badrul yang bercuti ke kampung bersama kawan baiknya Lim untuk berjumpa dengan atuknya Tok Dalang, kisah pengembaraan ini bermula apabila badrul ingin merungkai siapa sebenarnya mahkluk aneh (hantu durian) yang muncul mencuri durian milik kebun datuknya.

Dengan ditemani watak Upin, Ipin, Rajoo, kak ros dan watak sampingan lain cerita ini berjaya mewujudkan unsur suspen diselangi unsur jenaka dan pengajaran hingga menceriakan sesiapa sahaja yang menintonnya.



Pujian harus diberi kepada pengarah filem Mohd Nizam Abdul Razak kerana begitu teliti menjayakan cerita ini...

Kiranya anda bersedih saya cadangkan tontonilah filem animasi ini...





1 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

best ea??kaksue x sempat lg nk p tgk arr... harus p ni...bawak budak2..tp bleh ke diorg diam dlm panggung ni..riso den...