Khamis, Oktober 30, 2008

kisah satu malam di restoran

Termenung seketika bila aku dengar masalah seoarang akak ini, ceritanya bermula bila aku selalu membeli goreng pisang yang dijual beliau di gerainya, atas semangat kejiranan aku selalu berborak dengn akak ini dan melayan anak dia, maklumlah aku sebenarnya risau dengan budak2 zaman sekarang ini, jadi tidak salah aku melihat tingkahlaku anak2 remaja ni termasuk anak akak ni. Tetapi bila aku berborak dengan dia semalam di sebuah restoran, lagi hebat kisah dia hingga aku tak terkata pada mulanya;

Aku : hai akak makan kat luar malam ni,
akak : lama tak makan luar, budak2 ni ajak makan roti canai.


aku : ingat kan sambut besday anak tadi,
akak : nak besday apanya, duduklah meja ni sama.


Aku : takpela akak saya tunggu kawan, ayah budak ni tak ikut sama?
Akak : aaaaa (seolah2 mencari alasan ketidakhadiran suaminya) ayah diaorang kerja malam

Selepas beberap ketika banyaklah perkara yang diborakkan terutama pasal perniagaan yang dijalankannya hinggalah dia bertanya pada aku satu perkara ini.

Akak : nak tanya sikit ni, nak solat hajat dan solat istikharah macam mana ya?
Aku : maaf tanya kenapa akak tanya gitu?


Akak : akak sebenaranya tak pandai nak solat sunat dan solat istikharah, akak ada masalah
dengan suami akak, dia simpan pompuan lain budak Myamar, hampir sebaya dengan
anak sulung akak tu, mereka telah berzina, akak dah tak tau buat apa.


Aku :(terdiam seketika) emm dah lama ke suami akak buat macam tu,?
Akak : dah lama, cuma sekarang semakin menjadi-jadi sejak dia minum skang ni. Akak tau
arak ini ibu segala kejahatan itu sebab dia jadi camni, duit berniaga akak ni pun selalu
abis kat dia je.


Aku : akak ada minta bantuan orang lain ke untuk selesai masalah ni,
Akak : akak ada cakap kat mak akak je la, dekat org lain akak malu sangat, mak akak beritau
kat ustaz sorang tu, ustaz tu minta akak solat sunat hajat dan istikharah.Yang jadi masalahnya
akak ni banyak bab solat tak pandai, solat 5 kali sehari pun tak cukup, nak solat macam
mana akak kan bernaiga, kalau tutup kedai rugi la akak nanti.


Aku : saya ni bukanlah pandai sangat bab agama ni kak, cuma kalau nak tanya pasal solat tu
tau la sedikit (kemudian aku menerangkan perkara yang patut dibuatnya).
Cuma satu benda la akak saya nak minta maaf la cakap, solat zuhur dan asar tu tak
boleh akak selalu tinggal , solat tu kan kat tiang agama, tak boleh akak guna alasan rugi
bila bercakap bab ibadat ni. kalau yang wajib pun kita tak sempurna macam mana nak
buat yang sunat,


Akak : akak tau tapi suami akak pun tak soat juga,anak-anak apa lagi.
Aku : masalah akak ni saya rasa cukup besar bagi saya, dan saya tak sesuai nak nasihat akak,
lebih2 lagi bab hubungan suami isteri kalau akak sudi, saya boleh bawa orang yang
sepatutnya boleh akak minta tolong.

Akak : .... (nama aku) buatla apa yang patut, akak dah tak boleh pikir dah.

Hari ini aku mengbungi kenalan aku untuk membantu akak ini menyelesaikan masalah akak ini, dan sekarang segala persoalan aku terhadap dia dan anak dia sudah terjawab, semoga akak ini tabah dengan ujiannya.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Bleh jadik ustaz nih.
Hehehe!!! :D

Tanpa Nama berkata...

bukan setakat ustaz je, kaunselor dah, coz bukan senang nak suh orang caya kat seseorang, tuan umah tentu punyai daya penarik ni