Ahad, November 02, 2008

antara sensitif dan sensitiviti

aku seronok betul dengan kata2 YB Iskandar di blognya ;

"Orang Melayu pun ada perasaan. Jika kita turun ke bawah bersama rakyat, kita boleh rasa ada perasaan bimbang dan gusar di kalangan mereka. Oleh yang demikian, hati mereka, sensitiviti mereka, juga mesti dijaga. Mereka bukan batang kayu yang tidak bernyawa. Mereka sedang menghitung apa yang mereka dapat dan apa yang orang lain dapat di bawah PR. Segala ucapan di dalam sidang DUN sedang mereka amati.Jangan PR pula menjadi seperti UMNO dan BN, menganggap orang Melayu bodoh dan undi mereka senang hendak dipancing. Orang Melayu juga pandai menilai. UMNO menerima padahnya pada pilihanraya 1999, sehingga Dr. Mahathir terpaksa berundur.

Begitu berani Yb Iskandar menyatakan pendapat, yang ini seharusnya dilakukan, bukan hanya menjadi Pak Turut kepada DAP, akhir2 ini Pakatan rakyat terlalu menjga hati bukan Melayu sehingga hati orang Melayu pun dibiar terabai . Tanya lah orang Melayu adakah mereka gusar atau tidak dengan apa yang berlaku akhir2 ini di negeri Selangor, termasuk isu perlantikan peneraju di PKNS. Bodoh sangatkah orang Melayu Islam di Selangor hingga terpaksa melantik bukan Melayu, walhal agensi itu ditubuh untuk membantu orang Melayu. MB Selangor mungkin bijak dalam ekonomi tetapi amat cetek dalam tawar menawar politik. Benda yang dimiliki pun boleh digadaikan.

Tawar menawar politik yang meragut hak orang melayu akan menjadikan kita seperti di Pulau Pinang, walaupun kita ketahui UMNO di pulau Pinang memang bahlul tetapi kita kena mengakui hakikat kelicikan dan kebijaksanaan bekas Ketua Menterinya sebelum ini meminggirkan orang Melayu di Pulau Pinang, hingga tanah Melayu banyak yang tergadai atas nama pembangunan.

Agak-agaknya jika senario ini berterusan mampukah pakatan rakyat memerintah lagi pada penggal akan datang. Sekiranya DAP/PKR ingin undi orang Melayu pada pilihanraya akan datang seharusnya PKR/DAP membantu dan menjaga juga hati orang Melayu dan bukanya menjarakkan hubungan DAP dan orang Melayu.

0 ulasan: