Salam ramadan kepada semua pengunjung, tengahari tadi puteraf agak tergangu sewaktu mendengar khutbah solat jumaat yang disampaikan khatib. Puncanya kerana ada seorang insan yang konomnya hendak solat Jumaat ni hanphonenya tidak ditutup sewaktu berada dalam Masjid, dengan nada deringan yang kuat ia telah berjaya mengalih perhatian orang ramai kepadanya. Apa yang mendukacitakan lagi dia tidak menutup pun handphone tersebut ketika berbunyi, sebaliknya membiarkan ia terus berbunyi dan hamba aalah ini terus menuju ke keluar sambil meletakkan handphone-nya ke telinga dan bercakap. . APa yang memeranjatkan lagi hamba Allah tersebut boleh masuk balik dan duduk kembali dalam Masjid tersebut seolah-olah tiada apa berlaku.
Puteraf berpandangan kata bilal yang sentiasa mengingatkan makmum diam tatkala khatatib sedang berkhutbah lansung dia tak pedulikan rasanya. Kata2 imam pun dia lagi dia tak faham rasanya apabila dia berbuat demikian, Imam masa itu tengah berhutbah tentang Puasa dan kelebihannya, sedikit sebanyak menyentuh amalan sunat dan perkara yang membatalkan puasa. Nak kata budak, Puteraf tengok cam bapa orang wajahnya. Sedih betul rasanya, tak guna rasanya syarikat telekomunikasi meletakkan pesanan kepada makmum supaya mematikan handpone apabila berada didalam masjid
Dah la merosakkan Solat Juamat dia, orang lain pun terlibat sama, termasuk puteraf. Apalah ertinya solat Jumaat jika khutbah pun kita tidak hayati. Adakah orang kita ni lebih penting solat dan abaikan khutbah, tidak tahukah mereka khutbah tu merupakan perkara penting dalam solat Jumaat. Ajaib dan pelik bukan ...
0 ulasan:
Catat Ulasan