Bila membaca laman blog Lim Kit Siang, hati saya cukup terguris adakah benar orang Melayu Islam ini sebegitu teruk seperti yang digambarkan oleh pelbagai komentar dari penyokong DAP. DAP menganggap UMNO parti perkauman tetapi apa kurangnya DAP bila Pengerusinya membenarnya komen2 yang boleh menghiris hati orang Melayu dan Islam.
Bila saya tanya kawan saya yang menjadi penyokong PAS dan PKR, ada ke mereka membaca artikel di blog Lim Kit Siang atau mengikuti apa yang dibahaskan oleh perwakilan DAP pada persidangan DAP yang lepas, rata2 mereka menjawab tidak pernah mengikuti dengan memberi alasan Anwar akan jaga DAP. Terkedu saya mendegarnya, orang lain begitu berani memperlekehkan orang Melayu dan Islam. Orang Melayu masih lagi toleran sebegitu rupa sehingga masih mengharapkan Anwar. Anwar tu Mr. Sivaji (macam hero dalam cerita Tamil)agaknya pada semua rakyat Malaysia sekarang ni agaknya.
Tetapi yang jelas kata Mat Sabu Naib Presiden PAS dalam Malaysia kini pada hari ini, Anwar hanya berkesan menarik undi bukan Melayu dalam Pilihanraya lepas. Dakwaan Naib Presiden PAs itu ada kebenarannya kerana di kawasan majoriti Melayu total seperti di felda atau perkampungan Melayu undi kepada PAS dan PKR hanya melonjak sedikit sahaja. Di sini adakah wajar semua perkara diletakkan di bahu Anwar sahaja. Adakah orang sebagus Zulkifli itu pun tidak layak diangkat pemimpin gara-gara dia berani membela agama islam.
Suatu ketika dahulu DAP sering mengatakan PAS/Islam itu ektrimis sekarang mendondangkan Melayu pula rasis. Adakah Lim Kit Siang itu tidak rasis bbegitu juga Teresa Kok? Sejak bila Lim Kit Siang atau Teresa Kok membela orang Melayu, yang dibelanya adalah kepentingan orang cina sahaja. Sampaikan tulisan jawi di papan tanda jalan pun minta ditukarnya.
Sekarang saya ingin bertanya di mana Anwar untuk meredakan isu ini, semakin hari isu perkauman semakin menjadi2 diutarakan oleh DAP sehingga boleh menggugat keharmornian rakyat Malaysia.Kesabaran Melayu pun ada hadnya, bila melihat satu persatu institusi Melayu dan islam dipersendakan oleh DAP atas dasar persamaan hak. Hak apa yang mereka tidak boleh lagi nikmati di Malaysia ini, Warganegara sudah diberi, berpolitik pun dah diberi, menggunakan budaya dan bahasa nenek moyang pun dah diberi, ekonomi pun sudah mereka takluki, apa lagi yang mereka nak agaknya.
Kalau orang Kelantan menuntut keadilan saya tidak pelik dan hairan kerana jelas negeri itu dipinggirkan oleh UMNO dan BN selama 18 tahun, tetapi kehendak orang cina semuanya diberi samaada kerajaan BN ke, atau kerajaan pakatan rakyat sekarang. Tidak layakkah orang Kelantan untuk menuntuk hak mereka sebagai warganegara Malaysia atau orang cina sahaja yang layak.
Di Perak orang cina mendapat hadiah besar menjelang Ramadan apabila Kerajaan Negeri bersetuju memberi tanah kepada sekolah persendirian cina. Saya bukan tidak setuju dengan memberi bantuan kepada institusi pendidikan Cina, tetapi adakah wajar diberi kepada sekolah persendirian yang tidak mengikut sepenuhnya dasar pelajaran kebangsaan. Kebiasaanya sekolah persendiriaan mempunyai lembaga pengarah terdiri daripada orang2 cina yang kaya, berbanding sekolah agama rakyat yang hanya terdiri daripada pakcik dan makcik penoreh getah sahaja. Ketidakbijaksanaan orang Melayu dan islam dalam menyelesaikan politik tawar menawar ini sebenarnya mengakibatkan orang melayu islam sendiri ketinggalan suatu hari nanti dan mungkin dipersalahkan oleh cucu cicit melayu islam dimasa akan akan datang, seperti tindakkan Tunku Abdul Rahman menyerahkan Singapura kepada Lee Kuan Yew.
0 ulasan:
Catat Ulasan