Bila membaca artikel yang ditulis oleh Dr. Hassan Ahmad ini, penulis amat tertarik dengan penjelasan beliau mengenai sifat dan kelakuan orang Melayu, Puteraf pun bukanlah seorang yang bersifat perkauman, cuma puteraf juga berketurunan Melayu dan beragama islam. Setahu Puteraf Dr. Hassan ini merupakan bekas orang kuat Dewan Bahasa dan Pustaka, dan sebenarnya pernah berjumpa dan bertanya pendapat dengan tokoh bahasa ini. Pada pandangan Puteraf beliau merupakan seorang pejuang Bahasa Melayu, beliau pernah mengkritik Tun Dr Mahathir di sebabkan tidak setuju tindakan bekas Perdana Menteri itu menukar pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Melayu ke Bahasa Inggeris di sekolah. Di tengah pejuang bahasa lain agak membisu mengenai hal itu beliau lantang bersuara demi sayangnya kepada bahasa Melayu.
Puteraf menyokong pandangan beliau dalam artikel dibawah, kerana sejarah membuktikan Melayu merupakan bangsa yang paling toleran dia atas muka bumi ini berbanding kaum lain, sebab itu ada orang cakap Melayu ini tidak ada jati diri yang betul. Mungkin yang perkauman adalah UMNO tetapi Melayu tidak bagi Puteraf.
Kalau kita jumpa Melayu luar dari Malaysia, majoriti mereka sudah meninggalkan adat resam Melayu kerana mereka begitu toleran hingga mudah menerima perubahan sekeliling, kalau tidak percaya pergilah Afrika, Sri Lanka, Selatan Siam berapa ramai yang boleh bertutur bahasa Melayu ini kerana orang Melayu mudah menerima pengaruh luar . Kecuali satu Kelompok Puteraf lihat yang agak kental dengan jati diri mereka iaitu Melayu Kelantan, walau-bagaimanapun mereka juga tidak bersikap perkauman.
Kalau kita lihat mana ada bangsa di dunia ini yang begitu toleran sehingga sanngup menerima orang asing untuk diajak duduk bersama dalam satu negara, kaum itu yang dianggap rakyat itu terus di beri izin oleh orang Melayu untuk mengamalkan budaya, agama dan bahasa mereka. Adakah itu tidak membuktikan Melayu itu TOLERAN. Tetapi yang peliknya kenapa isu perkauman dan dikriminasi agama ini boleh timbul sedangkan orang Melayu tidak pernah kacau adat dan budaya kaum lain.
Kalau kita baca laman2 blog penduduk Tionghua di Malaysia yang kononnya warga Malaysia tetapi tak fasih cakap Bahasa Malaysia dan cepat tersentuh jika SRJK Cina disentuh, ramai dikalangan mereka yang marah kat Zulkifli MP Kulim lantaran sikap MP tersebut dalam Forum Memeluk Islam anjuran Majlis Peguam tempoh hari. Siapa yang salah dan betul agaknya, betul ke zulkifli tu Ektremis? atau HINDRAF yang ektrimis? atau Suqui/Dhong Zhong yang ekrtrim?
Kelakar bukan, namun situasi politik hari ini nampaknya menyebelahi orang bukan Melayu di Malaysia. Lantaran kegagalan UMNO mengubati penyakitnya yang agak teruk dengan sakit barah yang sudah tidak dapat diubati lagi hingga Melayu dianggap bangsa yang perkauman.
Nampaknya orang Melayu perlu dipisahkan dari Umno jika tidak mahu dianggap kaum ekstrimis atau rasis!
Nampaknya orang Melayu perlu dipisahkan dari Umno jika tidak mahu dianggap kaum ekstrimis atau rasis!
0 ulasan:
Catat Ulasan