Alhamdulillah hari ini adalah hari pertama kita berpuasa, sesungguhnya bulan Ramadan ini adalah penghulu segala bulan. Kealpaan kita mengabaikan keberkataan dan shafaat bulan ini sememangnya amat merugikan. Ye la, mana la tau kan, ini merupakan Ramadan terakhir buat kita, sesunguhnya ajal manusia kita tak dapat tentukan kerana ia terletak pada Allah. Kesempatan yang diberi oleh Allah kepada kita untuk berjumpa dengan Ramadan harus kita manfaatkan dan jangan disia-siakan.
Seperti biasa bila datangnya Ramadan semua Masjid, Surau dan Madrasah akan penuh dengan kunjungan umat islam untuk menunaikan solat terawikh atau beribadat, itulah berkatnya Ramadan. Orang yang sekali-sekala ke surau pun akan cuba memijak karpet masjid atau surau semata- ingin mengambil berkat. Tak kisah la orang itu Alim ke, Mat rempit ke, Minah rempit ke yang penting hatinya terbuka ingin ke masjid, mana tau doa sesorang itu akan dimakbulkan Allah pada bulan ini dan berubah menjadi orang yang berguna kepada agama dan negara, siapa tau kan.
Biasanya pada bulan ini petugas masjid agak sibuk dengan pelbagai agenda, ada yang hampar tikar, menyiapkan bubur lambuk atau makanan untuk diagih dan di sedekahkan kepada umat islam, ada yang menyiapkan juadah berbuka puasa dan moreh ada yang menyusun siapa imam dan pentazkirah terawih. Seronok rasanya walaupun dalam keadaan berpuasa umat islam masih mampu membuat pelbagai perkara, itulah hikmah Ramadan.
Masjid yang saya kunjungi pun demikian juga, bila saya meneliti pentazkirah untuk solat terawih, terasa begitu gembira kerana bukan senang nak dengar tazkirah sebegini. Pada malam ini apa yang saya perhatikan dewan solat masjid hampir penuh dan bila sesi tazkirah diadakan ia mendapat sambutan baik dari pendengar, mungkin tazkirah yang berkisah kepada pengertian Ramadan dan kelebihan Ramdan ini begitu bijak diolah oleh Ustaz jemputan hingga jemaah tekun mendengar penerangan beliau.
Saya amat tertarik dengan satu kupasan ustaz tersebut iaitu beliau merasa amat khuatir dengan sindrom orang kita yang terlalu membesarkan Syawal tetapi tidak meraikan Ramadan, sedangkan Ramadan harus diraikan kerana begitu banyak shafaat dan kelebihan bulan ini berbanding bulan lain.
Pada Puteraf pendapat Imam tersebut ada betulnya, kerana bila masuk Ramadan peniaga sudah sibuk dengan pelbagai promosi untuk Raya di bulan Syawal, sekarang ini bukan sahaja Syawal yang dikomersilkan malah Ramadan juga sama kalau tak percaya pergila ke Hotel, disana pemiliknya mengadakan pelbagai bufet berbuka puasa dengan harga yang agak tinggi dengan beraneka juadah untuk dimakan oleh umat islam.
Makan punya pasal dengan diiringi lagu Arab dan muzik Ghazal sehingga lupa nak solat terawih hingga ada kawan saya yang bukan islam cakap bulan ni bulan Makan-Makan Malaysia. Di Tv pun sama juga, masuk Ramadan tiada perubahan besar, tetapi yang pelik dan ajaibnya bila Shawal tiba hampir sebulan program raya disusun. Apalah agaknya pengertian Ramadan pada mereka...
0 ulasan:
Catat Ulasan