Rabu, November 25, 2009

anak gagal dapat 5A, stres??


Selepas keputusan UPSR diumumkan minggu lepas, ramai ibubapa dan keluarga yang mmepunyai anak yang mengambil keputusan UPSR berdebar. Pelbagai imganinasi bermain dalam kepala, maklumlah adat orang kita suka sangat ambik tau hal ehwal orang lain. Jika berita itu positif akan digembar-gemburkan, jika sebaliknya berlaku bergantunglah ia pada keadaan.

Hari tersebut penulis pun teringat pada anak saudara, berapa agaknya dia akan dapat keputusan dalam UPSR. Semasa peperiksaan percubaan prestasinya amat baik dengan mendapat 3A, ini menyebabkan si Ibu merasa yakin anaknya akan mendapat keputusan yang baik.

Namun pada hari tersebut, penulis lansung tidak dapat mengetahui result anak buah tersebut. Tiba-tiba jam 4 petang penulis menerima SMS.

" untuk makluman ......(nama pangilan kepada penulis), Aiman hanya mendapat 1A dan selebihnya B, ...."

Itulah antara kata-kata dari si Aiman anak buah penulis, sayu rasanya membaca mesej dari beliau, keberanian dia menghantar mesej kepada penulis amat dikagumi. Tentu semasa itu dia dalam keadaan tertekan, maklumlah ramai orang harapkan dia mendapat result yang baik.

Lantas penulis mengucapkan tahniah kepada dia, dan menasihati dia cuba lagi dengan lebih baik pada peperiksaan lain akan datang.Sepanjang pemerhatian saya Aiman ini begitu rajin mengulangkaji walau tanpa disuruh oleh kedua ibubapanya. Kegagalan dia mendapat 5A dalam peperiksaaan bukanlah masalah yang besar sebenarnya. Dalam tempoh usia dia, sebenarnya masih banyak lagi ruang dan peluang untuk diperbetulkan. Dan tidak salah dia belajar hari ini sesuatu kesilapan, berbanding belajar pada kemudian hari.

Pada malamnya, kakak saya menelefon penulis mencari air penerang hati dari mana-mana ustaz untuk diberi kepada anaknya, kata saya Aiman tu dah banyak belajar bukan masalah dia malas atau tidak rajin membuat latihan. Cuma rezekinya belum ada, mungkin pada sewaktu menjawab peperiksaaan tersebut dia begitu gemuruh. Cakap saya membuatkan kakak saya terkedu seketika.


Seorang kawan penulis juga mempunyai anak yang mengambil UPSR tahun ini, sebelum UPSR diumumkan dia ada bercakap dengan penulis mengenai anaknya, dan dia berazam ingin menghadiahkan sesuatu untuk anaknya jika berjaya mendapat 5A. Apabila keputusan diumumkan dia dengan lantas menelefon isterinya untuk mengetahui keputusan peperiksaan.


Malangnya anak beliau lansung tidak mendapat A dalam keputusan yang diumumkan. Ini menyebabkan dia lansung dia tidak menyentuh perkara ini dengan penulis selepas itu. Penulis pun mendapat tahu keputusan UPSR anak dia dari pihak ketiga tanpa sengaja.


Apa yang penulis lihat dia begitu kecewa, tak tahulah bagaimana nasib anaknya di rumah. Tentu lebih menyedihkan lagi. Diharapkan kawan penulis tersebut dapat memberi semangat kepada anaknya dan jangan biarkan diri dirundung kesedihan. Kerana penulis percaya anaknya juga mungkin telah memberikan yang terbaik.


Sesunguhnya banyak lagi peluang untuk meraih kejayaan, dan kejayaan dari UPSR hanyalah secebis kecil dari tangga-tangga yang perlu didaki untuk mengecap kejayaan yang lebih besar pada masa akan datang. Sekiranya boleh kenalilah dan berbincanglah dengan pihak guru disekolah untuk memantau prestasi anak kita. Mungkin guru akan dapat memberi penjelasan yang adil untuk anak kita, tanpa kita membuat pelbagai persepsi negatif. Buat guru-guru di Malaysia tahniah kerana telah mendidik anak bangsa, sesunguhnya kejayaan bermula dari anda semua....Pengorbanan anda mendidik anak bangsa sesunguhnya selari dengan tuntuntan islam...

2 ulasan:

Man berkata...

UPSR bukan pengukur utama prestasi pembelajaran maka amat tidak wajar menyalahkan anak kerana kurang cemerlang dlm UPSR.

piz berkata...

Tahniah buat Aiman...

Molek dah tu result gitu, jgn duk tertekan sgt, bdk br umo 12 thn masih budak lg, nnt msk sekolah men tu perlahan2 dia makin berubah lah tu..

psstt antu, kalo mu nk tau pemakann tambahan yg mmbuatkn bdk bertmbh bijak ada wei, senang nk dpt, aku dah cuba formula ni kt ank murid aku yg plg tinggi result dia kt skolah aku tu. Mu bg anak buah mu make BUDU! beto wei, aku pernah bg ank murid aku yg nama cantona tu sepeket budu cap ketereh... nmpknye mnjd laaaa, kalo x percaya tu tnya man tu, man mmg dh cuba sokmo doh! Hehe...