Sila baca akhbar link ini, bila Dr. Lolo Ahli Parlimen Titiwangsa yang memenangi atas tiket Parti Islam sendiri yang membantah hukuman Mahkamah Syariah kepada pesalah peminum arak bukankah pelik kita melihatnya.
Kata Dr. Lolo dalam seperti dipetik akhbar Malay Mail,
Hukuman yang dijatuhkan mestilah lebih untuk mendidik dan bukannya mencederakan seseorang wanita untuk mmberikan pengajaran. Menurut beliau lagi hukuman sebat adalah terlalu kasar (walaupun beliau akui tidak tahu bagaimanakah cara sebatan yang bakal dikenakan).
Apa motif Dr Lolo mengkritik hukuman tersebut, sedangkan sudah jelas wanita tersebut melangar perintah Allah. Adakah ada ijtihad baru mengenai hukum meminum Arak.

Yang memelikkan lagi wanita itu sendiri sanggup menerima hukuman tersebut dan menggesa ia dilaksanakan secepat mungkin dan mendoakan kesnya dijadikan pengajaran kepada umat islam lain.
Sebelum ini saya cukup kecewa apabila orang PAS sendiri membela MB Nizar melakukan tindakan Virgil Light candel . Nampak gayanya sudah ada ijtihad baru sekarang ini mengenai isu ini, kalaulah ijtihad ini dari dulu lagi wujud kan bagus tidaklah saya dan rakan bersusah payah menghalang benda ini berleluasa di kampus suatu ketika dahulu. Nasib baik ada kenyataan dari dewan ulama PAS. Dengan kenyataan Ketua Ulama PAS itu, maknanya apa yang dipegang oleh saya selama ini adalah betul.
Berbalik kepada tingkahlaku Dr. Lolo, apa yang dapat saya katakan tindakkannya seolah mempertikai mahkamah Syariah adalah tidak wajar dilakukan, adakah ini wajah PAS sekarang ini? Dek kerana ingin kan kuasa, sanggup mengeluarkan statement demikian. Mungkin beliau lupa PAS masih berdiri kukuh sehingga sekarang adalah kerana prisip perjuangan yang dipertahankan.

Semoga pucuk pimpinan memantau perkara ini, Ya benar tindakan keterbukaan PAS ini akan meyebabkan PAS akan didampingi orang bukan islam dan golongan yang berpegang kepada liberalisme tetapi adakah ia berbaloi dengan mengadaikan apa yang diperjuangkan selama ini.
2 ulasan:
huhuhu...
CM semakim kompiussssss
mungkin CM sikit sgt ilmu di dada...
kenapa CM apa yang konpius
antu
Catat Ulasan