Ah, hari ini badan terlampau panas, ada flu ada batuk...hati risau mana lah tau terkena jangkitan penyakit yang digeruni sekarang ini, H1N1. Pergi ke klinik ambil minta nasihat pegawai perubatan. kata Dr. mukanya yang cantik manis itu, Encik F.... tidak ada apa apa cuma demam selsema biasa sahaja. Jangan fikir yang bukan2 yer. Kalau boleh banyakan rehat.
"Dr. saya ada satu masalah lagi ini, nak minta pandangan dr. sejak akhir-akhir ini kenapa saya merasakan berat badan saya semakin naik? Tanya saya kepada pegawai perubatan tersebut.
"err yang tu saya tak boleh tolong , awak sendiri yang kena jaga makan" sambil ketawa dr. itu mengambil rekod perubatan dan menandakan sedikit catatan atas laporan tersebut.
Selesai mengambil ubat di klinik tersebut, tiba-tiba satu deringan relefon berbunyi....rupanya pangilan dari saudara di kampung.
Mengucap panjang saya apabila dimaklumkan bahawa saudara saya disahkan menghidapi penyakit kanser paru-paru, dan perlu menjalankan pembedahan dan rawatan dengan segera. Setahu saya saudara saya itu bukan merupakan seorang perokok, dan tidak terlibat dengan aktivi tidak bermoral, kalau ada masa yang banyak di surau le tempatnya menghabiskan masa dengan melakukan pelbagai aktiviti kemasyarakatan. Bagaimana beliau boleh menerima penyakit tersebut diluar jangkauan pemikiran saya. Tak terbayang saya bagaimana keluarganya menghadapi ujian tersebut kerana sebelum ini beliaulah yang menjadi tunjang ekonomi keluarga.
Ya Allah berikanlah saudaraku kekuatan untuk menghadapi ujian tersebut...
0 ulasan:
Catat Ulasan