Ramai kawan-kawan aku dah tak mau cakap lagi pasal politik...katanya dah gibab dengan permainan orang politik mereka merebut kuasa, rakyat yang terbiar..bayangkan dicelah gelombang badai ekonomi yang tidak menentu, ahli politik masih lagi bercakaran demi mendapatkan kuasa...
Kata kawan-kawan aku ni..BN pun sama, PR pun sama...mungkin betul apa dia cakap aku kena hormat kata-kata dia...
Dia kata lagi sepatutnya BN jaga negeri yang dimenangi dan PR jaga negeri masing2 kenapa sibuk nak meruntuhkan satu sama lain...BN (UMNO) sibuk nak merampas negeri pakatan rakyat dan PR (PKR) sibuk nak merampas kerajaan pusat....selepas itu keluarlah istilah hijrah suci la..kerajaan katak la, kerajaan haram la...dan pelbagai slogan lagi. Semuanya adalah politik...
Betul gak kata dia...aku teramat sokong .....pada aku PKR pun amat bangang UMNO pun 100 kali bangang, dan sesetengah orang PAS pun ada yang bangang juga terikut rentak Anwar dan PKR...
Yang lebih sengal lagi apabila terdedah pelbagai Skandal lagi yang melibatkan orang PKR seperti Photo Sengal Adun Bukit Lanjan, pasal ia mainan UMNO satu hal, tapi kisah hidup ahli politik terbabit nyata memuakkan aku, tak sanggup sebenarnya aku melihat orang kuat muslimat PAS Nuridah berpeluk dengan Elizabeth...jijik rasanyer...bukan jijik dengan gambar dia yang diperbesarkan orang politik dalam keadaan sengal tapi jijik kisah skandal hidupnyer tanpa nikah kahwin ...semoga kita dan keluarga dipelihara Allah dari benda sebegitu.
Apa pun aku puji cara PAS Kelantan dibawah Tok guru, cuma akhir-akhir ini rasa tidak seperti selesa bila MSO cuba membongkar politik dalaman Kelantan, cerita Adun Melur memang memalukan tetapi kisah, kisah Adun Pulai Chondong ingin meletakan jawatan dan dikaitkan dengan orang tertentu lagi meloyakan seolah-olah penyakit UMNO ingin merebak didalam PAS Kelantan, aku tak tau MSO nak tuju kat siapa...tapi rasanya kat Husam Musa kut (kalau salah tolong tegur he he he)... dalam minda aku tengah berfikir kenapa MSO terlalu anti kat Husam Musa, kata-katanya penuh sindiran ...pening aku nak baca pemikiran penganalisis politik ni.
Semoga negara kita terselamat dari segala mala petaka....dan sentiasa diberikan limpah rahmatnyer amin...
2 ulasan:
No one is perfect ... as human being that makes mistakes not someone who should be perfect, but we can try someone who near to perfectness.
Wa,kaler2 la entri antu ni..cam funfair...
Catat Ulasan