Jumaat, Februari 27, 2009

PENIAGA PASANG IKLAN RAYU PEMIMPIN TUMPU PADA RAKYAT, EKONOMI


KEMELUT politik di Malaysia membuat seorang pemilik syarikat mengeluarkan iklan satu halaman di akhbar The Star semalam untuk merayu kepada para pemimpin negara itu supaya mengetepikan perebutan kuasa dan menumpukan perhatian pada keperluan rakyat serta ekonomi.

Dalam iklan itu, pengarah urusan Zubedy (M) Sdn Bhd, Encik Anas Zubedy, berkata beliau percaya sebahagian besar rakyat Malaysia mengongsi sentimennya itu.

'Keprihatinan kami sekarang bukan siapa yang memerintah negara ini tetapi suasana ekonomi yang semakin buruk,' kata beliau dalam iklan itu.

Sambil mengambil contoh empat pekerjanya yang perlu membantu menanggung perbelanjaan keluarga mereka, Encik Anas berkata seperti rakyat Malaysia lain, mereka memerlukan pekerjaan.

'Kami rakyat Malaysia memerlukan ekonomi Malaysia menjadi kukuh. Kami perlukan anda, pemimpin kami, untuk bekerja keras dan bekerjasama untuk menjadikan ekonomi kami berdaya maju,' ujarnya lagi dalam iklan itu.

'Jadi inilah rayuan kami. Pakatan Rakyat, tolong hentikan usaha anda mahu mengambil alih kerajaan pusat dan memujuk para penggubal dasar BN supaya menyertai anda.
'Hentikan semua tindakan undangundang, tiada lagi 916 dan lepaskanlah. Negara boleh menunggu hingga pilihan raya akan datang jika mereka mahukan perubahan.

'Dengan berbuat demikian, rakyat Malaysia akan melihat parti anda sebagai penyayang, tidak mementingkan diri dan baik budi, dan menyokong anda dalam pilihan raya akan datang,' kata Encik Anas, yang menyiarkan pandangannya itu di laman blognya, http://letusaddvalue.blogspot.com, Rabu lalu.

'Barisan Nasional, tolong hentikan usaha mengambil alih negeri-negeri PR dan menambat hati para penggubal dasar PR. Anda telah membuktikan itu di Perak. Negara boleh menunggu pilihan raya akan datang jika mereka mahukan parti anda.


'Tumpukan semua bakat, tenaga dan kerja keras anda untuk memimpin negara ini keluar daripada kemelesetan ekonomi. Dengan berbuat demikian, rakyat Malaysia akan melihat parti anda sebagai penyayang, tidak mementingkan diri dan bijak, dan akan memberikan sokongan mereka kepada anda dalam pilihan raya akan datang,' ujarnya.


Sambil menggesa BN dan PR mencapai 'kedamaian sementara' dan bekerjasama serta bertolak ansur, Encik Anas merayu kepada para pemimpin politik Malaysia:
'Tumpukanlah kepada rakyat. Tumpukanlah kepada ekonomi. Tolonglah.

Sumber Cyberita

2 ulasan:

maymot berkata...

ooo,anas zubedy...
ada benar kata si anas tu..,,

tapi anas..selagi BN senget,selagi tu la rayuan kita tak di dengar..

Diorang pedulik hapa pasal
rakyat...ingat diorang berpolitik utk bela rakyat ke??

TukangKritik berkata...

umi memot ni salah bagi komen rasanya he he he he..nak komen kat blig anas ke...