klip video ini saya perolehi dari seorang kawan saya, agak menarik wayang kulit ini dan selamat menonton dan tiada kaitan dengan posting dibawah.
Hari ini dan semalam masih ramai orang meraikan minggu2 terakhir perayaan Aidlifitri, jemputan menghadiri rumah terbuka ada yang terpaksa ditolak. Bukan kerana tidak mahu hadir tetapi kekangan masa jarak yang tidak mengizinkan. Bayangkan seorang saudara mengadakan satu rumah terbuka pada hari ini di Klang dan seorang kawan lama di Damansara, sementara Bos di tempat kerja juga mengadakan rumah terbuka pada hari ini di Putrajaya. Pening saya dibuatnya untuk memenuhi kesemua jemputan.
Saya tidak pasti fenomena raya sebulan ini bagus untuk kita, kerana saya khuatir apabila tiba bulan seterusnya pun masih ada yang meraikan aidilfitri. Bila masuk Raya Aidladha semua seolah-olah menyepi dan tidak menyambutnya dengan alasan duit semua habis dibelanjakan untuk Aidilfitri. Walhal pergertian hari raya Aidiladha atau Hari Raya Korban adalah amat besar bagi kita umat islam, tetapi ramai dikalangan kita di Malaysia seoalah-olah memperkecilkan hari kebesaran tersebut.
0 ulasan:
Catat Ulasan