Lebih kurang seminggu yang lalu saya berkesempatan mengunjungi negeri Terengganu dan Kelantan. Terasa seronok apabila berada di ke-dua negeri tersebut sewaktu di bulan Ramadan. Di negeri Pantai Barat suasana Ramadan tidak berapa ketara kelihatan melainkan adanya bazar Ramadan, di negeri Kelantan dan Terengganu kebanyakkan kedai makan dan restoran makanan segera hanya beroperasi di sebelah petang iaitu sewaktu hampir berbuka puasa, maklumlah majoriti penduduk di negeri ini adalah lebih 90 peratus muslim. Lantaran itu suasana keheningan Ramadan cukup terasa, kebanyakkan surau dan masjid sentiasa dihadiri makmum samada untuk solat, mengaji atau bertadarus. Di negeri lain mungkin sukar untuk melihat keadaan ini kerana faktor kekangan masa, waktu kerja dan budaya. Mungkin hanya hujung minggu sahaja perkara tersebut dapat dilihat.
Sempena Ramadan ini saya selitkan beberapa gambar menarik untuk ditatap bersama.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
0 ulasan:
Catat Ulasan