Rabu, September 17, 2008

Hari ini saya tak nak bercerita pasal politik, tapi nak cerita pada makanan, baru-baru ini saya telah berkesempatan cara membuat puding gula hangus dari Eriza, disebabkan cabaran kawan, saya telah nekad untuk membuat puding tersebut sehingga berjaya. Kali pertama saya buat saya mengikut resepi yang diberikan oleh cikgu Eriza iaitu:


Bahan² :

2 Sudu gula, 4 Biji telur, 10 Sudu susu pekat manis, 1 Cawan air.

Cara² : Panaskan 2 sudu gula di dalam loyang sehingga berwarna perang.Pastikan gula itu memenuhi ruang loyang. Biarkan sejuk seketika.Pukul telur bersama susu pekat manis dan air. Kemudian masukkan ke dalam loyang berisi gula perang tadi.Kukus selama 30 hingga 45 minit.
Gula yang telah dipanaskan

Telur ini perlu dipukul, nak sennag saya pakai blender he he
Telur yang sudah dipukul atau blender bersama susu dimasukkan dalam loyang untuk dikukus

Setelah mengikuti araha tersebut puding yang dihasilkan saya agak lembik, jadi saya tidak berpuas hati, dan kali kedua saya cuba mengurangkan sukatan air kepada separuh, dan alhamdulillah ia berjaya dan mendapat pujian keluarga saya.
Puding yang telah masak seeloknya dimasukkan didalam peti ais sebelum dihidangkan
Puding ini nampaknya dah boleh dimakan...
Nampaknya saya telah ada hobi baru selepas ini, iaitu membuat kueh he he... Kepada cikgu Eriza terima kasih diucapkan atas segala tunjuk ajar.Tak sangka saya dah pandai buat kueh, selama ini pandai buat lemang je he he...

3 ulasan:

Eriyza berkata...

Wah, pandainya dia wat puding. Bila sy bleh rasa?? Hehehe!!! Kalo tanak letak lam peti ais, kurangkan sukatan air cam yg anda wat. :)

Tanpa Nama berkata...

wah ni fav ni...leh try resepi ni kot nnt...telo tu x kesah gred eik... hehehe....dap..dap...

Tanpa Nama berkata...

kalau nak sedap pilih gred bagus, baru sedap