Pangalaman seringkali membuatkan kita insaf dengan apa yang berlaku. Sesungguhnya sebagai manusia kita seharusnya bersyukur dianugerahkan Allah dengan fizikal dan minda yang sempurna. Bagi yang pernah ditimpa musibah tentu akan mengetahui betapa bahawa Allah Taala sentiasa wujud dan akan berada dekat dengan kita. Kita seringkali akan menyalahkan orang lain sekiranya kita menghadapi musibah, walhal musibah yang datang itu sebenarnya adalah ujian daripada Allah untuk menguji umatnya setakat mana ketakwaan dan keimanan mereka kepada penciptaanya. dan tidak salah sekiranya kita berfikir orang yang ditimpa musibah sebenarnya beruntung kerana itu tandanya Tuhan amat menyanyangi mereka.
Kisah yang menimpa Sufiah tentu amat mengecewakan kita sebagai umat islam, anak yang dibelai dengan suasana keislaman boleh terjebak dalam perlakuan sedemikian. Ibu Sufiah tentu amat kesal dengan perkara tersebut kerana kita percaya sebagai seorang Ibu beliau tentu tidak sanggup melihat anak beliau berada dalam keadaan sedemikian.
Kalau kita bandingkan keadaan di Malaysia tidak kurang bezanya. Cuma keadaan yang dilakukan adalah secara tersembunyi. Kita boleh melayari dalam laman internet pelbagai aksi gadis melayu beragama islam yang amat memalukan umat islam, itu tidak termasuk dengan mereka yang berzina dan mengandung anak luar nikah.
Tetapi bila nasi sudah menjadi bubur dan pelbagai perkara tidak sepatutnya berlaku sesetengah golongan ini biasanya akan balik ke keluarga mereka. Sesetengah keluarga ada yang menghalau dan ada keluarga yang memaafkan mereka.
Agaknya siapa yang harus dipersalahkan dalam perkara ini. Sekiranya diberi pilihan yang mana agaknya kita akan pilih:
1. Ibubapa seharusnya dipersalahkan kerana menjadi tanggunjawab mereka mendidik anak mereka.
2. Diri sendiri harus dipersalahakan kerana ibubapa telah memberi ajaran yang sempurna.
3 Faktor persekitaran kerana mempengaruhi seseorang untuk melakukan perkara tidak bermoral
Kita tentu sukar memberikan jawapan yang tepat. Tetapi yang pasti Allah telah memberikan fikiran kepada kita untuk membolehkan diri kita berfikir mana yang baik atau yang buruk. Kita juga seharusnya tidak menyalahkan sesiapa. Sekiranya kita tersilap jalan tidak ada salahnya kita mengaku kesalahan dan memohon ampun. Sesungguhnya Allah itu maha pengampun dan penyayang.
Air yang keruh tidak selama-lamannya akan menjadi keruh kerana akan tiba pada suatu masa semua kotoran itu akan menjadi mendapan dan turun ke bahagian paras bawah.
Samalah seperti kita manusia adakala kita berfikiran jahat kerana dikuasai nafsu, tetapi jika kita meletakkan keimanan sebagai teras hidup kita, nafsu itu akan mengecil kecil di sanubari kita. Fikir-fikirlah sendiri.
0 ulasan:
Catat Ulasan