Isnin, November 02, 2009

Pilih Pimpinan ; ikut suka hati aku atau ikut kehendak islam?


Seharusnya ahli PAS yang telah bertahun-tahun ditarbiahkan dengan usrahnya dan berbagai-bagai lagi menyambut baik keptusan Mesyuarat Khas baru-baru ini.Terimalah dengan hati terbuka, walaupun sesetengahnya masih lagi merungut-rungut di luar serta menghamburkan kata nista serta caci-cerca kepada Presiden, Timbalan Presiden dan Setiusaha Agung khasnya dan kepada Persuruhjaya PAS Selangor.


Bermacam-macam istilah baru tercipta seperti men'Terengganu'kan PAS. Ini adalah ungkapan-ungkapan nakal daripada seorang yang mengaku dirinya ahli PAS.Seharusnya tuan/puan meraikan para perwakilan yang memilih mereka menyandang berbagai-bagai jawatan.Sekarang sudah ada yang awal-awal lagi semacam sudah melobi saf kepimpinan baru untuk sesi akan datang. Walaupun itu adalah hak mereka, tetapi sudah ada semacam budaya baru wujud dalam PAS. Budaya tersebut sudah mirip-mirip kepada UMNO.


Tidak mustahil suatu hari nanti penyakit politik wang berkemungkinan menular ke dalam PAS, kalau perangai sesetengah ahli PAS sekarang diambil kira.Kita tidak mahu di masa-masa akan datang wujud istilah-istilah 'nakal' seperti men'Kedah'kan PAS, men'Johor'kan PAS atau men'Kelantan'kan PAS dan sebagainya.


Kalau orang PAS sendiri tidak percaya kepada demokrasi dalam parti dan tidak meraikan pencalonan dari Kawasan-Kawasan serta para perwakilan, jangan diharap penyokong diluar sana akan memberi penghormatan kepada PAS, maka usah bercakap pasal perjuangan.Saya secara peribadi, sebagai sesorang ahli PAS, andaikata pemilihan akan datang 100% kesemua peringkat kepimpinan dipilih dari hanya satu negeri sahaja, saya tetap memberi sokongan (buat masa sekarang istilah wala' amat fobia kepada sesetengah pihak) kepada mereka.


Tetapi adakah ketika itu dijamin tiada tuduhan, caci-cerca, maki-hamun kepada mereka yang akan dilantik? Kalau mengikut 'trend' sekarang, satu budaya baru telah wujud dalam PAS, 'mereka' mahu semua ahli mengikut telunjuk serta atau 'persepsi' 'mereka'. Jangan Telunjuk Lurus Kelingking Berkait. Ungkapan di atas pun boleh menimbulkan berbagai persepsi, terpulang kepada anda, kerana membuat pilihan dan persepsi itu adalah anda sendiri


sumber :al-Brangi

0 ulasan: