SOLAT merupakan ibadah yang didirikan umat manusia bagi menyembah Tuhannya.
Memandangkan ia salah satu cabang daripada pohon ibadat, maka perlu dijelaskan di sini pengertian ibadat itu sendiri.
Apa jua yang ada kaitannya dengan Allah, sama ada berupa perintah ataupun larangan, maka itu adalah ibadat. Tidak syak lagi bahawa ibadah ini ialah untuk amalan kebajikan semata-mata dalam mencari keredaan Allah.
Ibadah ialah sejenis perbuatan 'khuduk' iaitu merendahkan diri yang terbit daripada perasaan hati bagi mengagungkan apa yang disembah. Kita harus sedar bahawa setiap gerak-geri kita sentiasa dalam pemerhatian Allah swt.
Apabila seseorang berasa khuatir akan kehebatan Khalik (Pencipta), maka dengan sendirinya ia akan menjauhi segala tegahan-Nya.
Allah mencipta manusia agar menyembah dan mengenal-Nya. Allah tidak menghendaki sesuatu pun daripada makhluk-Nya. Allah Maha Kaya dari segala-galanya.
Allah berfirman yang maksudnya:
'Dan ingatlah! Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan untuk mereka menyembah dan beribadah kepada-Ku. Aku tidak sekali-kali memerlukan sebarang rezeki pemberian daripada mereka, dan Aku tidak menghendaki supaya mereka memberi makan kepada-Ku.
'Sesungguhnya, Allah sahaja yang memberi rezeki (kepada sekalian makhluk-Nya) dan Dialah sahaja yang memiliki kekuasaan yang tidak terhingga, lagi yang Amat Kuat Kukuh kekuasaan-Nya.' (Surah Az-Zaariyaat: 56-58)
Jika setiap umat menyedari akan hakikat bahawa Allah yang menghidup dan mematikan, dan Dialah yang memberi rezeki, maka tidak timbul pengabdian seseorang kepada sesama hamba, khususnya yang miskin terhadap yang kaya, yang lemah terhadap yang kuat, dan seterusnya.
Hakikat ibadat dalam Al-Quran bukan sahaja bermaksud merendahkan diri kepada Allah, malah ia mempunyai erti yang luas, antaranya ialah bersyukur dan bertawakal. Malah keikhlasan dan berdoa juga merupakan satu ibadah.
Dalam Surah Az-Zumar ayat 2, Allah berfirman yang maksudnya:
'Hendaklah engkau menyembah Allah dengan mengikhlaskan kepada-Nya segala ibadat dan kelakonanmu.'
Seseorang hendaklah melakukan amalan yang suci lagi bersih tanpa diiringi sifat riak. Amalannya semata-mata kerana Allah dan tidak berniat mengharap pujian orang.
Firman-Nya lagi bermaksud:
'Dan Tuhan kamu berfirman: Berdoalah kamu kepada-Ku nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu. Sesungguhnya orang-orang yang sombong takbur daripada berdoa serta beribadat kepada-Ku akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina.' (Surah Al-Mukmin: 60)
Berdoa ialah satu cara mengubat jiwa dan menguatkannya, meringankan segala kepedihan dan kedukaan. Jika kita berdoa dengan cara betul dan cukup syarat-syaratnya, lambat laun akan terkabul juga, insya-Allah.
Allah memang amat dekat dengan manusia, mengetahui segala rahsia dan isi hati hamba-Nya seperti yang difirmankan-Nya bermaksud:
'Dan demi sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia, dan Kami sedia mengetahui apa yang dibisikkan oleh hati-hatinya sedang pengetahuan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya.' (Surah Qaaf: 16)
Pengaduan kepada Pencipta lebih afdal daripada mengeluh sambil mengadu kepada sesama makhluk, kerana kudrat Allah untuk mengetahui apa yang memudaratkan dan wasangka tidak terbatas. Justeru, Allah memuji Nabi Yaakub dalam firman-Nya yang bermaksud:
'Nabi Yaakub menjawab:
'Sesungguhnya aku hanyalah mengadukan kesusahan dan dukacitaku kepada Allah'.' (Surah Yusuf: 86)
Oleh itu, ibadat ialah cara bagi seseorang membuktikan kepercayaannya kepada kebesaran, kemuliaan dan kekuasaan Allah serta melahirkan kesedarannya kepada kehinaan, kemiskinan dan kelemahan dirinya.
Maka sesiapa yang sombong dan takbur daripada melakukan ibadat bermakna dia berlaku sombong daripada mengakui kebesaran Ilahi dan kehinaan serta kelemahan dirinya.
Kedua-dua perbuatan rukuk dan sujud adalah ibadah. Mengapa dikatakan begitu?
Hayati maksud firman Allah berikut:
'Wahai orang-orang yang beriman! Rukuklah serta sujudlah (mengerjakan solat) dan beribadatlah kepada Tuhan kamu (dengan mentauhidkannya).' (Surah Al-Haj: 77)
Rukuk dan sujud merupakan rahsia pengabdian. Apakah rahsianya? Jawapannya: merendahkan diri dengan sifat pengabdian ketika seseorang itu rukuk dan sujud.
Matlamat rukuk dan sujud ialah untuk membuat pengiktirafan bahawa Allah Maha Besar dan memiliki kuasa tertinggi. Setiap yang ada di cakerawala ini sujud kepada Allah. Sama ada yang tidak mempunyai perasaan atau yang tidak berakal semuanya tunduk kepada Allah.
Sungguhpun makhluk-Nya seperti pokok dan sebagainya yang tidak dapat mengucap atau melafazkan kalimat syukur dan khuduknya kepada Allah dengan nyata, mereka bertasbih dengan cara batini seperti yang dijelaskan dalam Surah Al-Israa ayat 44 bermaksud:
'Dan tiada sesuatu pun melainkan bertasbih dengan memuji-Nya, akan tetapi kamu tidak faham akan tasbih mereka.'
Justeru, manusialah yang menjadi penggantinya untuk rukuk dan sujud kepada Penciptanya bagi pihak sekalian makhluk lain yang tidak berakal. Di sinilah manusia layak menjadi khalifah di muka bumi ini.

0 ulasan:
Catat Ulasan