Rabu, Mac 04, 2009

beza dulu dan skang, umi memot gak yang bagus


Apabila pulang kerja, saya selalu akan bertembung dengan budak-budak berumur sekitar 10 tahun hingga 12 tahun sedang bermain bola atau badminton. Masalahnya ialah bila mereka nampak saya mereka akan meminta saya duit atau sekurang-kurangnya belanja minum diaorang. Kalau setakat seringgit tu saya takde masalahpun, apatah lagi nak banje sekadar dua atau tiga kotak, tak kebulur pun hujung bulan.


Cuma seingat saya diwaktu zaman budak-budak dulu, mak selalu pesan kat saya jangan sesekali minta benda kat orang apatah lagi minta duit, kalau nak duit minta dengan mak, itulah pesan mak sehingga sekarang saya ikuti. Arwah Ayah pula selalu pesan jangan suka makan makanan orang lain yang bukan milik kita. Pernah suatu ketika saya kena rotan dan dimarah oleh arwah ayah kerana saya memanjat pokok jambu kepunyaan orang kampung tanpa izin tuan pokok jambu tersebut, ini berlaku pun kerana ajakkan kawan-kawan. Sejak itu saya tidak lagi memijakkan kaki di kawasan kebun orang tersebut sehinggalah saya dewasa.


Tapi itu dulu...orang sekarang dah tak macam dulu, Ibu bapa sekarang seakan membiarkan anak-anak mereka makan makanan yang diberi oleh orang yang tak kenal, mereka membiarkan sahaja anak mereka meminta duit dengan orang lain.


Adakah ini yang menyebabkan perangai budak-budak sekarang semakin liar? siapa tahu kan..dari makanan ia akan membina badan manusia...sebab itu islam amat mementingkan halal haram makanan dan dari mana sumber rezeki tersebut...

2 ulasan:

maymot berkata...

aikk..,,ingat citer kesah umi jaman muda2,,
;-P

-->>tu la pasal..,,anak2 skang ni ramai yg terbiar,mak bapak memasing keje..

balik keje da penat nak ambik tau aktiviti anak2,huhu...

tak keje kang,,tak cukup plak nak tampung kehidupan...dilema sungguh laa...

Tanpa Nama berkata...

biasa la umi...dunia dah berubah..dulu lain skang lain...he he he

-Antu UT