Setiap hari saya akan selalu membaca laman penulis-penulis blog terkemuka tanahair seperti Kadir Jasin, Penarik Beca, MSO, Azizi Abdullah, Saiful Islam dan juga Faisal Tehrani. Gaya bahasa mereka membuatkan saya begitu berminat hasil tulisan mereka walaupun tidak kesemua hasil tulisan tersebut sama pendapat dengan saya, akhir-akhir ini Aduka Taruna pun saya selalu follow bukan kerana tulisan dia bagus tetapi kerana pemikiran dia yang seolah-olah mewakili generasi muda dan hampir dengan orang muda.
Namun begitu apabila saya membaca tulisan MSO blog Tinta Merah, saya dapat merasakan semacam ada sesuatu kenapa penulis politik yang banyak menerbitkan buku Politik ini, begitu sinis terhadap Husam Musa, sudah banyak tulisan-tulisan beliau seolah-olah ingin mengaibkan Husam Musa, saya tidak pasti kenapa beliau bertindak demikian, tetapi semacam ada rahsia besar tersembunyi, maklumlah dia penulis politik tentu ada sesuatu yang diketahuinya berbanding kita orang biasa.
Ikuti petikan dari blog MSO, dimana beliau mengulas mengenai kedhaifan Nik Nor Madhihah sebelum mengecap keyaan cemerlang dalam SPM atau baca :-
"Apa yang tambah menyedihkan Murai ianya berlaku di negeri Murai sendiri, negeri Kelantan. Negeri tempat Murai bermanja dan berkasih! Negeri berkenaan diperintah oleh parti islam. Yang merujakan, keadaan semacam kontras dengan apa yang diucapkan. Kerajaan Kelantan adalah kerajaan berkebajikan.
Ironisnya juga saat ini seorang pemimpin negeri berkenaan sedang menebarkan jala bicara untuk memulihkan ekonomi global, mengajak Malaysia dan Indonesia agar mempelopuri kerjasama ekonomi serantau untuk mengatasi masalah kesempitan ekonomi kini. Dia pergi jauh beribu batu untuk menjadi tukang cakapnya.
Diajar juga supaya Indonesia dan Malaysia mengajak negara Aisa Tenggara membentuk zon ekonominya sendiri, manakala perdagangan Malaysia dengan Indonesia hendaklah dilakukan dalam mata wang dinar?
Apakah ertinya semua ini. Kita mengajak dunia agar pulihkan ekonomi tetapi nasib rakyat dan anak buah sendiri masih terbiar dan melarat. Apakah ini dinamakan retorik dan perangai semula jadi orang politik yang bernafsu besar dan terperasan merasa hebat, bijak dan pandai?
Murai rasa lebih baik orang itu bercakap soal memulih dan membangunkan ekonomi di negeri sendiri dulu sebelum menjadi pemidato ekonomi dunia. Sebelum mengajak masyarakat Cina luar datang berdagang di negeri kita, Murai rasa baik pemimpin itu jaga pohon depu yang sudah layu, atau jaga kambing yang sudah banyak mati, ataupun selesaikan tv wed yang masih belum ada siaran itu. Sudah berapa juta dilaburkan untuk projek-projek berkenaan?
Tidak ada gunakannya kita meperagakan kehebatan akal kita kerana apa yang orang akan lihat akhirnya ialah mengenai pencapaian kita. Apakah hasil yang telah dilakukan?"

Saya rasa telahan saya adalah tepat orang yang dimaksudkan adalah Husam Musa, tetapi kenapa Husam sentiasa dijadikan sasaran oleh MSO, ada sesuatu ke... sebelum ini penulis ini juga mencungkil kes perletakkan jawatan YB Zulkifli Mamat sebagai orang kuat sebuah syarikat yang dimiliki oleh Kerajaan Negeri, rupa-rupanya ada jua kaitan dengan Husam kes tersebut sebab itu MSO melapurkan. Terkejut saya bila mengetahui kisah tersebut dari seorang teman, rupa-rupanya PAS Kelantan telah bepuak-puak.
Samaada kisah tersebut benar atau tidak sekurang-kurangnya ia akan mencacatkan sedikit sebanyak imej PAS seperti yang dilakukan oleh Adun Salor, melibatkan kes dengan bekas isterinya seorang mualaf dari Kemboja. Semoga cerita ini tidak akan terbawa-bawa dalam hingga pilihanraya umum ke 13.
1 ulasan:
ala mat rempit oi...
Apa yg tak kena ngan husam??
ala mat rempit oii,,
sapa yg sempurna dalam donia ni...??
A kata x betol,,
B kata betol,,
C plak kata ok,,
D kata kureng...
camtu la resam donia,,
yg penting kita nilai peribadi dan amalan ngan neraca isle...
Catat Ulasan